in ,

Petua Merawat Jantung Tersumbat Guna Hirisan Kulit Lemon

Merawat Jantung Tersumbat

Dalam dunia ini Allah jadikan berbagai penyakit yang akan hinggap kepada manusia yang terpilih. Setiap penyakit pula ada penawarnya. Siapa sangka bahawa hirisan kulit lemon dan halia mampu merawat masalah jantung tersumbat. Cuma kita kena berusaha untuk mencegah atau mengubatinya.

sakit jantung

Umum mengetahui bahawa penyakit ini sangat merbahaya kerana ianya ada hubungkait dengan serangan jantung. Kita dengar saja sangat menakutkan. Kami akan kongsikan kepada anda secara ringkas bagaimana petua orang-orang tua dulu merawat jantung tersumbat guna hirisan kulit lemon dan halia.

Penyakit ini boleh menyebabkan kematian secara mengejut. Ia menyerang sesiapa sahaja tidak kira tua atau muda. Akhir-akhir ini kita menjadi saksi betapa ramainya yang mati secara mengejut walhal sebelum ini mereka dilihat sihat sahaja.

Penyebab utama serangan jantung adalah disebabkan oleh arteri darah yang tersumbat. Ianya akan mengakibatkan jantung kehilangan fungsinya dalam beberapa saat sahaja. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mencegah bahkan merawat arteri jantung dari tersumbat.

RAMUAN LEMON DAN HALIA

Kami ingin berkongsi bagaimana untuk menyediakan ramuan lemon dan halia yang sangat mudah untuk kesihatan anda sendiri. Ianya sangat berkhasiat untuk merawat  atau membersihkan jantung tersumbat. Berikut adalah cara-cara untuk menyediakan ramuan tersebut.

BAHAN-BAHAN:

jus untuk jantung tersumbat,

Nota: Untuk sekali minum

1. Sebiji Lemon
2. Seinci Halia
3. Segelas Air

CARA PENYEDIAAN:

1. Lemon diperah dan diambil kulitnya sahaja. Hiris kulitnya nipis-nipis atau dadu.
2. Halia ditumbuk.

CARA MEMASAK:

petua rawat jantung tersumbat,

1. Masukkan hirisan kulit lemon, halia yang ditumbuk dan segelas air ke dalam pot dan didihkan.
2. Pastika anda tidak mengacau adunan ini.
3. Biarkan sehingga didihan pertama dan angkat.
4. Biarkan adunan itu sejuk dan masukkan ke dalam gelas. Jangan lupa tapis kerana anda hanya perlu meminum airnya sahaja.

CARA MINUM:

Anda hanya perlu mengamalkan minum ramuan tersebut setiap pagi selama 30 hari. Pastikan anda minum semasa perut kosong.

jus jantung tersumbat,
Gambar Hiasan

Selain membersihkan jantung yang tersumbat, ia juga membantu merawat mereka yang mengalami masalah buah pinggang dan masalah hati.

Tentu anda tidak sangka  bahawa rebusan campuran hirisan kulit lemon dan halia mampu merawat masalah jantung tersumbat. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda – Suka Viral

5 Panduan & Petua Imam Syafie Untuk Kesihatan Yang Kita Sering Lupa

Permohonan ekasih

Daftar Permohonan e-Kasih (Borang Makluman Kemiskinan Online)