in ,

Petua Orang Dulu-Dulu Merawat Saraf Lemah, Sakit Lutut dan Anggota Badan

merawat saraf

Jika seseorang sakit saraf lemah, ia boleh menyebabkan sukar bergerak. Kadang-kadang terasa terlalu sakit dan adakala tidak merasa apa-apa (seperti kebas) namun sukar bergerak.

Jika seseorang itu menghadapi masalah saraf lemah, biasanya sangat rumit dan sukar untuk di rawat. Ini kerana saraf yang rosak tidak ada satu manusia yang dapat menghidupkan lagi kecuali dengan kehandak Allah SWT. Kita hanya berikhtiar.

Jika dirujuk ke Hospital, mereka akan membuat rawatan yang sebaik mungkin secara moden dan kadang-kala ianya perlu dibed4h. Namun doktor tetap tidak mampu memberi jaminan 100 peratus untuk sembuh. Anda mungkin berfikir dua kali jika doktor menyatakan tidak dijamin 100 peratus bukan?

merawat saraf
Fisioterapi adalah satu kaedah rawatan atau pemulihan kepada mereka yang mempunyai masalah saraf

Merawat Saraf Cara Orang Dulu-Dulu

Menerusi perkongsian oleh Muhabsi, beliau memberi petua bagaimana untuk merawat saraf yang lemah atau rosak jika ikhtiar anda sebelum ini samada rawatan moden mahupun tradisional masih tidak berjaya merawat masalah saraf anda.

Beliau membuat perkongsian satu petua yang mungkin anda sendiri tidak pernah dengar. Pernahkah anda terfikir, kenapa orang-orang tua dahulu sering mengambil air embun di kawasan pohonan atau rumput di sekitar kawasan rumah untuk digosok pada kaki atau lutut mereka?

Sebenarnya mereka mengambil embun tersebut di tempat yang mempunyai sarang labah-labah. Mereka sebenarnya sedang berikhtiar merawat bahagian kaki atau lutut yang dirasakan terasa lemah supaya menjadi kuat kembali. Tujuannya adalah agar saraf-saraf yang lemah atau rosak kembali pulih.

merawat saraf lemah
Sarang labah-labah di kawasan rumput

Mereka bukan menggosok sahaja tetapi diseratakan dengan bacaan tertentu. Setiap kali air embun daripada sarang labah-labah di gosokkan pada tempat yang lemah, mereka akan membaca surah Al-Insan Ayat 28 iaitu:

“Nahnu Kholaq Naahum Wasyadadnaa Asrohum, Wa Izaa Syi’naa Baddalnaa Amthaalahum Tabdiila”

Maksudnya:

“Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya”.

Jika kita bandingkan diri kita dengan orang tua-tua dahulu, mereka dilihat mampu bekerja kuat di usia yang boleh dikatakan perlu berehat. Ini kerana petua-petua yang diturunkan kepada mereka, mereka amalkan.

Artikel Lain – Petua Merawat Demam Panas Cara Tradisional

Semoga petua merawat saraf ini memberi bermanfaat. Kongsikan artikel ini supaya semua orang tahu tentang kelebihan air embun pada sarang labah-labah.

Written by Admin

Saya orang biasa sahaja namun berminat dalam bidang penulisan. Hanya menulis jika ada kelapangan.

Jom Buat Pulut Seri Muka Step By Step! Mudah Sangat

Ayam Goreng Spicy Ala McD, Mudah Je Nak Buat