in

Petua Mudah Halau Cicak

Cicak merupakan satu masalah kepada kita terutamanya umat islam. Tahi cicak walaupun kecil tetapi ianya najis. Jika terpijak ketika kita berwuduk maka batal wuduk kita.

Disini kami ingin berkongsi petua untuk menghalau cicak dan mengelakkan cicak berak merata-rata. Paling banyak kita lihat tahi cicak adalah di bingkai-bingkai tingkap rumah kita. Entah apa yang menyebabkan cicak suka melepas di situ.

Ini adalah petua mudah yang dikongsi oleh Roslina Hashim. Apa kata beliau?

“Euww! geli sangat bila tengok taik cicak bertaburan kat tepi tingkap, kat lantai. Kak Ina memang geli dengan cicak. Tapi, tiap kali balik kampung, kena cuci taik cicak.

Biasa lah rumah kampung banyak cicak. Pasang perangkap pun tak pupus. Ada je yang datang mengunjung. Tak mau berperang dengan cicak, lebih baik cari jalan elak dari cicak buat onar di tepi tingkap dan lantai. Kita buat spray penghalau”. Tambah beliau lagi.

BAGAIMANA?

Bahan-Bahan:

1/3 Cuka makan
1/3 Air
1/3 Cecair pencuci pinggan

Cara Menyediakan:

1. Campurkan semua bahan di atas ke dalam botol penyembur.
2. Spray di kawasan yang biasa terkena tahi cicak dan tempat persembunyian cicak.

Nota:

Boleh juga untuk menghalau semut.

JAGA KEBERSIHAN

Selain itu, perkara utama yang harus kita lakukan adalah dengan menjaga kebersihan. Pastikan tiasa sisa makanan di dapur atau di mana sahaja. Pastikan bekas minuman ditutup.

Minuman yang tidak diminum habis seeloknya ditutup bagi mengelakkan cicak berkunjung dan selepas itu anda meminumnya semula. Awas! Cicak merupakan binatang yang bertoksik. Jadi, cuba elakkan perkara yang boleh menarik perhatian cicak.

Anda disarankan mencuba petua ni. Sila kongsi dengan rakan-rakan anda jika dirasakan ianya memberi manfaat.

Siti Aafiyah Nama Puteri Datuk Siti Nurhaliza

Tips Selepas Cabut Gigi