in , ,

Petua Mudah Hilangkan Cirit Birit Diperingkat Permulaan

Petua Mudah Hilangkan Cirit Birit

CIRIT BIRIT

Cirit birit atau diarrhea dalam bahasa inggeris adalah keadaan di mana kita kerap membuang air besar berbanding hari-hari biasa disamping sakit perut. Ia adalah salah satu tanda-tanda gastroenteritis atau radang perut dan usus atau sistem penghadaman yang berlaku akibat jangkitan bakteria atau virus.

Tanda-tanda lain adalah berlakunya cirit birit dan muntah. Cirit boleh berlaku berterusan melebihi sehari (2 hingga 4 hari) tanpa sebarang rawatan, namun yang paling teruk boleh mengancam nyawa. Cirit birit air boleh menyebabkan badan kehilangan banyak air.

diarrhea
kanak-kanak sakit perut berkemungkinan tersalah makan atau keracunan

Apatah lagi jika cirit birit bayi dan kanak-kanak yang mengalaminya atau mereka yang kurang zat dan lemah daya tahan. Penyakit ini juga merupakan pembunuh kedua tertinggi bagi kanak-kanak berusia di bawah lima tahun.

PUNCA SAKIT PERUT DAN CIRIT BIRIT

Biasanya disebabkan oleh keracunan makananan. Biasanya, jangkitan cirit birit tersebar melalui pengambilan makanan dan minuman yang tercemar. Kadang-kadang disebabkan makanan yang kita ambil sudah atau hampir basi. Simptom keracunan makanan adalah mula-mula sekali anda rasa senak perut.

Pelbagai jenis virus, bakteria dan parasit boleh menyebabkan gastroenteritis dan seterusnya senak perut memulas dan akhirnya cirit birit. Antara penyebabkan penyakit ini adalah:

  • Bakteria – Salmonella atau Escherichia (E. coli)
  • Virus – Norovirus atau rotavirus
  • Parasit – Giardia intestinalis
punca sakit perut,
Bakteria, Virus dan Parasit

TANDA-TANDA CIRIT BIRIT

Apabila diserang cirit birit, anda mungkin akan mengalami gejala-gejala berikut:

  • Cirit birit keluar air (Najis cair)
  • Sakit atau kejang perut
  • Kerap pergi ke tandas
  • Mual dan muntah-muntah
  • Demam
  • Hilang selera
  • Letih
  • Dehidrasi
 diarrhoea,
Tanda-tanda cirit birit adalah kerap ke tandas daripada kebiasaannya

Serangan cirit birit biasanya akan sembuh selepas beberapa hari. Kadang-kadang sehari sahaja sudah sembuh. Namun adalah penting untuk anda agar tidak mengalami dehidrasi pada waktu ini.

PETUA HILANGKAN CIRIT BIRIT

1. Air Putih – Minum air putih dengan banyak kerana badan anda sudah kehilangan banyak air.
2. Air Isotonik – Minum air isotonik seperti 100 plus, Revive, Excel dan sebagainya. Pastikan diminum tanpa gas.
3. Teh Kelat – Minum teh kelat tanpa gula. Anda boleh minum kosong atau dicampurkan sedikit garam dan madu.
4. Teh Bunga – Rebus teh bunga dan daun pudina. Toskan dan minum beberapa kali sehari.

Cara menghilangkan cirit birit,
A) Air Putih, B) Minuman Isotonik, C) Teh Kelat, D) Teh Bunga

5. Air Tepung Gandum – Minum air bancuhan tepung gandum. Masukkan air suam dalam cawan. Bancuh 1 tbsp (sudu makan) tepung gandum. Biarkan tepung mendap dahulu sebelum meminum air yang berada di bahagian daripada mendapan tepung itu sahaja. Minum 1 cawan untuk dewasa dan 1/2 untuk kanak-kanak.
6. Nasi Putih – Makan sedikit nasi putih kosong. Lebihkan sukatan nasi apabila cirit birit semakin pulih.
7. Habbatussauda – Kunyah Habstussauda dan telan begitu sahaja.
8. Pucuk Jambu Batu – Kunyah beberapa helai pucuk jambu batu dan telan.

petua hilangkan cirit birit,
A) Air Tepung Gandum, B) Nasi Putih, C) Habatussauda D) Pucuk Jambu Batu

9. Halia – Potong sedikit halia, campur dengan 1 tsp (sudu teh) madu. Makan untuk mengeluarkan angin bagi memulihkan pencernaan. Elakkan minum air selepas makan campuran ini.
10. Pisang – Anda disarankan untuk makan pisang. Plektin yang terdapat dalam pisang adalah fiber larut air yang boleh membantu mengurangkan cirit birit.
11. Pil Chi Kit Teck Aun – Makan pil ini mengikut sukatan yang diberikan. Jika anak cirit birit mungkin anda harus berfikir dua kali untuk memberikan pil ini atau tidak.

cara atasi cirit birit,
A) Halia dan Madu, B) Pisang C) Pil Chi Kit Teck Aun

Jika petua di atas tidak berkesan dan cirit birit berpanjangan, sila berjumpa doktor dapatkan rawatan di klinik atau hospital.

CARA MENCEGAH CIRIT BIRIT

1. Menjaga kebersihan ketika menyediakan makanan.
2. Makanan tidak boleh terdedah, simpan ditempat tertutup dan bersih.
3. Basuh tangan sebelum menyentuh makanan.
4. Makan makanan dan minuman yang sudah dimasak.
5. Elakkan pemngambilan antibiotik yang berterusan.

keracunan makanan,
Hendaklah menjaga kebersihan semasa menyediakan makanan

VIDEO

25 MAKANAN TERBAIK UNTUK CIRIT BIRIT

Sila tonton video ini hingga habis.

PENUTUP

Semoga anda mengetahui serba sedikit berkaitan petua-petua bagi menghilangkan cirit birit. Ianya adalah sebagai langkah awal dan ikhtiar sahaja. Sekiranya berpanjangan sila dapatkan rawatan doktor. Kita hanya merancang dan berikhtiar, Allah jua yang menyembuhkan. Wallahu a’lam.

Sumber Rujukan: Dettol dan The Asian Parent
Video: Youtube

Petua Menghilangkan Batuk dan Selsema Pada Bayi

Petua Menghilangkan Batuk dan Selsema Pada Bayi & Kanak-Kanak

CARA SIMPAN LAUK SEBULAN

Wanita Ini Berkongsi Bagaimana Cara Beliau Menyimpan Lauk Untuk Sebulan Sejak Mula Berkahwin 14 Tahun Dahulu