in , ,

Petua Rawatan Penyakit Kurap & Kayap Secara Tradisional

Petua Tradisional Merawat Kurap dan Kayap

Semua orang pernah diserang atau dijangkiti penyakit walaupun sedikit. Ada yang kena penyakit kulit, penyakit barah, lenguh sendi dan paling teruk adalah serangan jantung dan angin ahmar.

Dari Abu Hurairah R.A bahawasanya Nabi SAW bersabda:

“Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan dia juga menurunkan Ubatnya”
( Sahih Bukari No. 5354 )

Dari Jabbir Bin Abdillah R.A bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

” Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat tersebut sesuai dengan penyakit, maka ia akan sembuh dengan izin Allah.” – ( Sahih Muslim No. 2204 )

gambar kayap, gambar kurap
Penyakit Kayar (kiri) dan Kurap (kanan)

Di sini kami ingin kongsikan sedikit maklumat berkenaan petua untuk merawat penyalit kurap dan kayap. Kurap biasanya akan hinggap di kawasan-kawasan yang terlindung seperti di celah kangkang, celah punggung dan leher. Ia dikategorikan sebagai penyakit kulit.

Melalui perkogsian Suhaimi Shourdi yang memperolehi petua ini daripada ibunya, beliau menceritakan bahawa beliua sendiri telah merawat ahli keluarganya yang terkena penyakit seperti dinyatakan di atas. Katanya dalam masa 2 hari dengan 4 kali rawatan ulangan, diberi keizinan oleh Allah SWT untuk sembuh.

BAGAIMANA CARA RAWATAN?

Sebelum itu kita hendaklah menyediakan bahan-bahannya terlebih dahulu.

Bahan-Bahan:

  • Segenggam beras.
  • 5-8 ulas Kunyit hidup (bergantung saisnya).
  • 10 batang kangkung (4′-5′) panjang jika diukur dari pucuk. Ambil pucuknya. Pilih pucuk yang masih ada yang belum terbuka atau terkapit.
cara mengobati kurap dengan kunyit
Bahan-bahan untuk rawatan

Cara penyediaan:

  • Bersihkan semua bahan-bahan di atas dengan air tapisan.
  • Dibacakan mana-mana doa penyembuh berkaitan yang terdapat di dalam Al-Quran sebanyak 3 kali (lihat di bawah) dan hembuskan pada bahan-bahan tadi.
  • Kisar kesemua bahan di atas dengan sedikit air agar ramuan tidak terlalu pekat atau cair.
  • Gosok perlahan-lahan pada bahagian yang dijangkiti sambil berselawat dan dalam hati mohon pada Allah SWT agar disembuhkan penyakit tersebut.

BACAAN DOA


Selamat mencuba semoga diberi kesembuhan. Jika tidak sembuh juga, bermakna bukan rezeki kita. Wallahu a’lam. Suka Viral

Awal Muharram, Sejarah dan Kelebihannya

Cara Tukar Tiket Penerbangan Air Asia

Cara Tukar Tiket Flight Air Asia. Jangan Biarkan Tiket Anda Hangus Dengan Syarat….