in

Petua Semasa Hamil dan Selepas Bersalin

Banyak petua yang kita telah dengar dari orang-orang terdahulu. Kebanyakannya kita abaikan saja dan buat tak tau. Bila sakit atau terjadi sesuatu yang ada persamaan dengan petua tu, baru kita fikir. “Betul juga kata Mak aku atau Tok aku”.

Jadi jika dibiarkan begitu sahaja, nanti pupus begitu saja. Macam-macam petua yang kita telah dengar. Ada petua bagaimana nak dapat anak ramai, bagaimana nak anak lelaki atau perempuan, bagaimana nak bagi daging lembut dengan cepat dan lain-lain lagi.

Petua ini dapat dari kakjie yang jenuh dia asing-asingkan supaya dapat disiarkan.Petua kali ini adalah berkaitan dengan Petua Semasa Mengandung dan Selepas Bersalin. Di bawah ini disiarkan petua-petua tersebut.

SEMASA MENGANDUNG

1. Jangan letak, lilit tengkuk dengan tuala atau pakai tudung yang jenis melilit. Dikhuatiri bila bersalin anak terbelit dgn tali pusat.

2. Rambut jangan ikat semasa hendak bersalin, dikhuatiri uri terikat dan tidak boleh keluar habis.

3. Jangan minum air sejuk nanti dikhuatiri boleh membotakkan kepala baby semasa dalam perut kononnya sebab panas bila masuk ke perut dan rambut baby terbakar.

Jangan minum air sejuk ketika mengandung
Jangan minum ais

4. Tidak boleh makan ikan pari dan tidak boleh beri apa jua alasan pada orang yang mengandung dikhuatiri nanti mulut anak sumbing.

5. Jangan makan ulam pegaga dikhuatiri nanti uri terlekat kerana akar pegaga mencengkam bumi.

6. Jangan duduk di atas tangga nanti susah hendak bersalin.

7. Jangan duduk atas akar pokok, takut semasa bersalin lekat uri.

8. Jangan tutup terus jahitan pada bantal bayi yang baru diisi kekabu dikhuatiri susah hendak bersalin.

Semasa menjahit bantal baby jangan menutup terus jahitan pada bantal yang baru diisi kekabu dikhuatiri susah hendak bersalin.
Gambar Hiasan

9. Jangan buat kerja separuh jalan nanti susah hendak bersalin.

10. Jangan amalkan makan nasi sejuk bagi mengelakkan kepala baby besar.

11. Jangan merasa makanan dalam senduk, takut nanti bibir anak tebal macam negro.

12. Jangan menyapu sampah separuh-separuh (kalau dah sapu kena teruskan) takut nanti semasa proses bersalin susah, anak yang nak keluar tersekat-sekat.

SEMASA DALAM PANTANG

1. Tidak boleh menangis nanti kena angin meroyan.

2. Sanggul rambut tinggi-tinggi dan selitkan dengan lengkuas untuk mengelakkan masuk angin. Kalau masuk angin itulah juga punca angin meroyan.

Sanggul rambut tinggi-tinggi
Gambar Hiasan

3. Ketika dalam perjalanan jauh untuk balik ke kampung, sanggul hendaklah diikat dan dicucuk paku panjang atau bawa benda tajam seperti gunting. Tujuannya adalah untuk mengelak gangguan syaitan pada baby dan orang yang berpantang sebab badan kotor.

4.Ibu jari kaki hendaklah diikat ngan sehelai sabut kelapa utk elak bentan jika kaki tersepak apa-apa objek. Jika keguguran (dalam masa 44 hari) tidak boleh melintasi atau menghampiri pokok cermai kerana boleh menyebabkan turun darah semula.

5. Semasa hendak minum jamu, ibu jari kaki kiri kepit ibu jari kaki kanan, tangan kiri ampu buah dada, selawat 3 kali baru minum.

6. Masa berjalan, badan tegak, langkah mesti tersusun dengan teratur, duduk pun kena tertib.

7. Petua dari mak andam. Jangan rendam atau ada air dalam lesung batu. Kena biar kering. Nanti tut-tut berair.

Mulut Sumbing
Adakah kerana ibunya makan ikan pari semasa hamil?

Samada betul atau tidak petua-petua di atas, hanya Allah yang tahu. Kita kena ingat satu perkara. Semua yang berlaku atas kehendak Allah. Jika ada yang dapat anak yang bermulut sumbing, tidak semestinya kita terus tuding jari bahawa sifulan semasa mengandung begini-begini.

Berpantanglah selagi ianya tidak melanggar hukum.

Sumber: Kakjie

12 Khasiat Tomato Jika Diamalkan

8 Tip Mengatasi Masalah Dengkur Yang Wajib Anda Ambil Tahu