in ,

Seorang Ibu Kongsi Petua Tradisional Merawat HFMD

Petua Tradisional Merawat HFMD

Kini heboh di Malaysia tentang penyakit tangan, kaki dan mulut juga dikenali sebagai Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD). Penyakit ini sering berjangkit dalam kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan virus daripada kumpulan enterovirus.

Penyakit ini merebak melalui sentuhan secara langsung dengan air liur, cecair hidung, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan objek atau alatan permainan yang telah tercemar dengan virus ini.

Penyakit HFMD, HFMD
Penyakit HFMD pada bahagian tangan

Difahamkan Taska adalah antara tempat yang sering berlaku penyebaran penyakit ini. Ia berlaku kerana aktiviti harian mereka adalah seperti bermain sukan dan melakukan kerja berkumpulan yang menjadikan mereka bergaul rapat dan mudah dijangkiti. Pasaraya juga merupakan tempat merebaknya penyakit ini melalui troli.

Disebabkan penyakit ini menular dengan cepat dan telah menyebabkan ribuan kanak-kanak telah diserang dengan wabak ini, kami siarkan perkongsian seorang pengguna facebook iaitu Puan Azma Abdul Jalil yang telah berkongsi petua untuk merawat anaknya yang diserang HFMD.

tips merawat hfmd,
Petikan facebook Puan Azma Abdul Jamil

Beliau menggunakan rawatan seperti yang biasa diamalkan oleh orang-orang india. Katanya sekali sahaja anakanya dimandikan dengan rawatan ini, ia terus sembuh. Alhamdulillah.

PETUA MERAWAT HFMD

1. Mula-mula berikan anak anda makan ais krim vanilla. Fungsi ais krim vanilla supaya kesakitan atau luka dalam mulut pesakit reda. Ianya sangat berkesan.

2. Isikan air paip di dalam sebuah bekas. Masukkan 1 sudu besar serbuk kunyit ke dalam air tadi. Masukkan juga daun mambu. Letakkan di bawah cahaya matahari selama beberapa jam supaya air tadi terasa panas-panas suam. (Beliau meletakkan antara pukul 1040 pagi hingga pukul 1 petang).

daun semambu, kunyit
Bahan yang diperlukan adalah Air, Kunyit dan Daun Semambu.

3. Mandikan anak yang terkena HFMD. Jangan dibilas dan biarkan ia kering sendiri. Biarkan air kunyit dan daun mampu pada badan anak. Ia adalah penawar.

4. Ramaskan daun mambu dengan bedak sejuk. Lumurkan ke tangan dan kaki serta bahagian yang terkena HFMD kecuali mulut. Untuk dalam mulut bagilah anak makan ais krim vanilla..

Insyaallah selepas 2 ke 3 hari ia akan hilang dan sembuh. Sila mencubanya kerana ini adalah pengalaman Puan Azma sendiri.

Resepi Talbinah

Bubur Talbinah – Resepi Istimewa Rasulullah SAW

Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah

Solat Selepas Haid – Kesilapan Wanita Yang Mereka Wajib Tahu