Petua Untuk Menghilangkan Jeragat Yang Sangat Berkesan

Bagi mereka yang mempunyai jeragat, mereka pasti tahu betapa sukarnya berdepan dengan masalah ini. Bermacam-macam krim dan herba digunakan namun masih tidak berkesan. Kadang-kadang jadi ‘stress’.

Kami cuba mencari cara-cara dan kaedah bagi mengatasi masalah tersebut. Inilah serba sedikit yang kami temui dan akan disiarkan di sini untuk anda.

Bersama ini disenaraikan beberapa petua untuk menghilangkan jeragat supaya anda tidak perlu berasa malu untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja. Tahap keyakinan anda juga akan lebih tinggi jika tiada masalah jeragat.

Anda akan berasa malu dan hilang keyakinan jika ada jeragat dan bintik hitam di muka.

Muka berjeragat.

APA ITU JERAGAT?
Jeragat dianggap adik kepada jerawat. Ia seperti lekukan kecil pada kulit muka. Ia berlaku disebabkan oleh pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang muka terutamanya di bahagian dahi, hidung, pipi dan dagu.

PETUA & CARA HILANGKAN JERAGAT
Mari kita amalkan beberapa petua untuk menghilangkan jeragat seperti di bawah ini:

1. BAKING SODA
Baking soda adalah sangat baik untuk pengelupasan lembut minyak, sel-sel kulit mati dan kotoran dari wajah anda. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit.

Caranya:
Campurkan satu sudu teh baking soda dan sedikit air. Kacau dan buat pes yang tebal.

Sapukan pada kawasan yang terjejas dan biarkan beberapa minit. Kemudian membilasnya. Lakukan dua atau tiga kali seminggu sehingga anda berpuas hati dengan perubahan wajah anda.

Nota: Pastikan kulit anda tidak sensitif untuk menggunakan baking soda.

2. OATMEAL
Oatmeal bukan sahaja untuk dimakan. Ia juga berfungsi sebagai agen pengelupasan semulajadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, ia menyerap minyak berlebihan dan membuka liang.

Caranya:
Cara 1. Campurkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat. Anda juga boleh menambah satu sudu cuka epal cider.Kacau hingga menjadi pes.

Lembapkan kulit anda dan kemudian letakkan pes ini pada muka anda. Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya.

Cara 2. Sebagai alternatif, letakkan serbuk pes oatmeal yang dicampur dengan air. Biarkan selama 10 minit dan kemudian gosok pada muka.

Cuba antara dua cara ini, sekali atau dua kali seminggu secara rutin.

Gunakan Baking Soda (kanan) dan Oat (Kiri).

3. JUS LEMON
Jus Lemon kaya dengan asid alpha hydroxy. Ia membantu menggelupaskan kulit dan juga memudahkan pertumbuhan semula sel. Ia juga membantu menghilangkan minyak yang berlebihan kerana sifat astringen.

Caranya:

Celupkan kapas dalam jus lemon dan letakkan jus pada muka anda (bahagian berjeragat). Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan kemudian cuci muka dengan air sejuk. Ulang setiap hari sebelum tidur. Teruskan untuk sekurang-kurangnya beberapa bulan.

4. CUKA EPAL CIDER
Cuka epal cider berfungsi seperti astringen. Ia mampu mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit. Selain itu, ia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti bakteria yang membantu melawan jerawat.

Caranya:
Cara 1. Masukkan satu sudu cuka epal cider dalam satu cawan air. Letakkan pada muka anda dengan menggunakan bola kapas. Biarkan selama kira-kira 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.

Cara 2. Cara lain adalah dengan mencampurkan satu bahagian cuka epal cider dengan tiga bahagian tepung jagung. Letakkan pada muka anda. Biarkan selama 15 hingga 20 minit sebelum menggosok muka semula. Bersihkan muka dengan tuala kecil yang direndam dalam air suam. Selepas itu, bilas dengan air sejuk untuk menutup liang.

Cuba cara ini setiap hari atau beberapa kali seminggu sehingga anda mendapat hasil yang memberangsangkan.

Jus Lemon dan Jus Apel Cidar

5. CUCI MUKA DENGAN KERAP
Anda juga perlu lebih menitik-beratkan pasal kebersihan. Basuhlah muka anda tiga kali sehari dengan pencuci muka. Ini adalah disebabkan jeragat terbentuk daripada lebihan minyak, bakteria dan sel-sel kulit yang mati. Pencuci muka dapat menghapuskan pembentukan bahan-bahan terseBUT di muka anda

Anda harus berhati-hati. Jangan sampai terlalu kering kerana ia boleh menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan yang membawa kepada pembentukan lebih banyak jeragat.

Cuci muka anda dengan kerap dengan menggunakan krim muka yang disarankan.

6. GUNAKAN KRIM DARI FARMASI
Anda juga boleh menggunakan krim dari farmasi. Ingat, jangan beli krim yang dijual di tepi jalan!

Gunakan krim benzoil peroksida untuk membersihkan muka. Benzoil peroksida merupakan rawatan jerawat yang amat berkesan yang juga boleh digunakan untuk menghilangkan jeragat. Ia berfungsi dengan membunuh bakteria pada permukkan kulit dan dengan menghapuskan pembentukan minyak dan sel-sel kulit yang mati dari permukaan liang-liang muka.

Ia boleh didapati di mana-mana farmasi dan mempunyai tahap kekuatan yang tertentu. Tetapi diingatkan bahawa krim benzoil peroksida boleh menyebabkan kulit menjadi sakit, gatal, kering dan menggelupas.

Jika ragu-ragu, jumpa doktor dahulu bagi mendapatkan khidmat nasihat.

7. JUMPA PAKAR KULIT
Seeloknya anda hendaklah berjumpa pakar kulit jika anda mahu kesahihan sebelum menggunakan sesuatu produk. Tunjukkan jeragat anda apabila berjumpa dengan doktor pakar dermatologi atau doktor pakar kulit.

Doktor mampu mengeluarkan jeragat serta membuang semua pembentukan minyak dan sel-sel kulit yang mati dengan menggunakan alatan khas.

Jika anda mampu, anda boleh membeli alat tersebut, tetapi perlu berhati-hati semasa menggunakannya.

BAGAIMANA CARA MENCEGAH JERAGAT?

Setelah anda membaca seterusnya mengamalkan petua dan cara hilangkan jeragat, saya pasti anda tidak mahu ianya datang semula. Oleh itu amalkan perkara-perkara di bawah bagi mencegah pembentukan jeragat:

1. BASUH RAMBUT SELALU
Jika rambut anda banyak minyak, ia boleh menyebabkan banyak minyak terbentuk di bahagian permukaan kulit. Risiko untuk liang tersumbat sangat tinggi.

Selain daripada membasuh muka dua kali sehari, anda juga perlu pastikan anda membasuh rambut anda setiap dua tiga hari sekali, bagi menghalang pembentukan minyak berlebihan daripada terjadi di bahagian muka.

2. KOSMETIK BEBAS MINYAK
Gunakan kosmetik yang bebas minyak. Produk kecantikan yang berminyak menjadi punca utama liang tersumbat. Selain itu, anda harus memastikan alat-alat solek anda kerap dibasuh kerana ia boleh menyebabkan bakteria membiak.

3. DIET PEMAKANAN SIHAT
Akhir sekali, anda perlu mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Anda sudah tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat, oleh itu hadkan pengambilan makanan yang berminyak.

Juga amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan badan anda, dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat.

Sumber: Sirap Limau

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *