Piala Sumbangsih 2018. Kedah dan JDT Siapa Hebat?

BAHANG Liga Malaysia 2018 kian terasa. Perlawanan pembukaan merebut merebut Piala Sumbangsih 2018 antara JDT dan Kedah akan berlangsung pada malam ini di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Dengan status sebagai juara Piala Malaysia 2017, JDT mahu menjadikan gelanggang sendiri sebagai medan untuk ‘membalas dendam’ ke atas Kedah yang menewaskan mereka 4-5 menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi terikat 1-1 dalam perlawanan Sumbangsih musim lalu.

Perlawanan malam ini dilihat sebagai ‘perlawanan ulangan’ kerana Kedah dan JDT turut merebut piala sama pada musim lalu, yang berakhir dengan kejayaan kepada pasukan Kedah yang kini dibimbing oleh Ramon Marcote. Sudah tentu Kedah mahu mengekalkan Piala Sumbangsih ini.

JDT yang dikendalikan Ulisses Morais pula sudah pasti enggan berputih mata di hadapan ribuan penyokong sendiri. Mereka pernah memenangi Piala Sumbangsih dua tahun berturut-turut pada tahun 2015 dan 2016.

Kemunculan semula Jorge Pereyra Diaz, Luciano Figueroa, dan Hariss Harun dalam skuad JDT dilihat mereka mahu memastikan JDT kembali merangkul Piala Sumbangsih. Mereka juga telah memenangi Liga Super 2014, 2015, 2016 dan 2017.

Kemunculan semula Jorge Pereyra Diaz, Luciano Figueroa, dan Hariss Harun
Diaz, Luciano dan Harris kembali ke JDT bagi musim 2018

Walaupun percaya kelebihan memihak kepada JDT kerana beraksi di hadapan penyokong sendiri, Morais tetap tidak memandang rendah kemampuan pasukan lawan.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, Lang Merah yakin dapat mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah walaupun beraksi di gelanggang JDT iaitu Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.

Katanya, prestasi semasa pemain skuad Hijau Kuning itu yang merupakan gabungan pemain tempatan dan pemain import sedia ada mampu memberikan tekanan kepada juara Piala Malaysia musim lalu itu yang beraksi di gelanggang sendiri.

Badrol Hisham berkata, beliau menaruh kepercayaan tinggi terhadap Ketua Jurulatih Kedah, Ramon Marcote untuk mencatur strategi walaupun tanpa pemain import kelima untuk memburu kemenangan pada perlawanan pembukaan Liga Malaysia musim ini tersebut.

“Saya yakin beliau (Marcote) mampu membentuk sebuah pasu­kan yang mantap untuk menghadapi tentangan JDT.

“Skuad Lang Merah mempunyai empat pemain import termasuk dua pemain baharu bagi memperkukuhkan lagi jentera pasukan,” katanya.

Empat pemain import kedah ialah Liridon Krasniqi dari Kosovo, Sandro Da Silva (Brazil) serta dua muka baharu, Pablo Pallares (Sepanyol) dan Alvaro Silva (pemain pasukan kebangsaan Fi­lipina).

Pablo Pallares dan Alvaro Silva merupakan pemain import baru Kedah bagi tahun 2018
Pablo Pallares (kanan) dan Alvaro Silva (Kiri)

Di kem Kedah, Timbalan Presiden KFA, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, Kedah yakin dapat mempertahankan Piala Sultan Sumbangsih walaupun beraksi di gelanggang lawan. Prestasi semasa pemain skuad Jelapang Padi yang menggabungkan pemain tempatan dan pemain import dilihat mampu memberi tekanan kepada JDT yang merupakan Juara Piala Malaysia 2017.

Beliau menaruh kepercayaan tinggi terhadap Skuad kendalian Ramon Marcote itu untuk mengatur strategi walaupun tanpa pemain import kelima untuk memburu kemenangan.

Skuad Kedah mempunyai empat pemain import termasuk dua pemain baharu bagi memperkukuhkan lagi jentera pasukan. Empat pemain import tersebut ialah Liridon Krasniqi (Kosovo), Sandro Da Silva (Brazil) serta dua muka baharu, Pablo Pallares (Sepanyol) dan Alvaro Silva (Filipina).

Kedah turun sebagai Juara Bertahan yang bergelar underdog.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *