in , ,

Saintis Temui Jarak Antara Dua Pintu Syurga Melalui Google Maps

Jarak antara dua pintu syurga
Photo: Aljazeera dan Google

Pengarah projek Scientific Miracles in the Quran and Hadith, Universiti King Abdul Aziz Jeddah, Arab Saudi, Sheikh Abdel Majid al-Zindani (lihat pada gambar di atas), telah mengumumkan satu lagi penemuan saintifik yang telah beliau temui yang membuktikan kebenaran kenabian Nabi Muhammad saw, melalui hadith yang menceritakan tentang jarak antara dua pintu syurga.

Kemajuan pesat dalam bidang sains dan angkasa di abad ini telah membuktikan sabda Rasulullah saw yang telah disampaikan oleh baginda 1400 tahun dahulu yakni di abad yang ke 7. Walaupun baginda adalah seorang nabi yang diutuskan sebagai ummi, dan tidak tahu membaca dan menulis sebelumnya.

Sheikh Zindani telah membawa satu hadis dalam Sahih Muslim dan diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda:

وَالَّذِى نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ إِنَّ مَا بَيْنَ الْمِصْرَاعَيْنِ مِنْ مَصَارِيعِ الْجَنَّةِ لَكَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَهَجَرٍ أَوْ كَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَبُصْرَى

“Demi Dzat yang jiwaku ada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu syurga seperti antara Makkah dengan Hajar, atau seperti antara Makkah dengan Bushra.” (HR. Muslim no. 287)

pintu surga
Photo: Google dan Aljazeera

Sheikh Zindani mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW menceritakan jarak antara dua pintu syurga adalah sama jaraknya Mekah dan Hajar yang berada di sebelah timur (sekarang ini Qatar dan Bahrain) dan juga jarak antara Mekah dan Bushra di Syria yang berada di sebelah utara.

Sesuai dengan hadis ini, maka jaraknya adalah sama seperti jarak antara Makkah dan Hajar atau sama dengan jarak antara Makkah dan Bushra (Jarak Mekah-Hajar = Jarak Mekah-Bushra).

Beliau juga mengatakan adalah sukar untuk mengukur jarak yang jauh antara dua tempat melalui jalan darat kerana terdapatnya halangan seperti bentuk muka bumi. Oleh itu jarak yang tepat hanya boleh diperolehi melalui pengukuran dari udara yang tidak mungkin dapat dilakukan pada zaman tersebut.

Beliau juga mengatakan dengan adanya satelit dalam abad 20 ini jarak tersebut dapat dihitung dengan tepat. Ukuran dengan Google Earth membuktikannya, bahawa adalah benar jarak Mekah-Hajar tepat sama dengan jarak Mekah-Bushra, iaitu keduanya memiliki jarak yang sama, 1272 kilometer.

Anda juga boleh tonton video dalam bahasa Indonesia yang merujuk kandungan yang sama bertajuk “Google Maps Buktikan adanya Pintu Syurga”.

Sumber: Nota Razi

Cara Sujud Sahwi

Bagaimana Cara Melakukan Sujud Sahwi

Jahanam - Mat Yeh

Lirik dan Lagu Dikir Barat – Jahanam (Mat Yeh)