in ,

Tun Dr Mahathir Bercadang Menghentikan BR1M Sepenuhnya

Tun Mahathir Berhasrat BR1M Diberhentikan Sepenuhnya

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan berhasrat untuk mengurangkan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya.

Kerajaan akan memberi penjelasan penuh kepada rakyat berhubung langkah yang akan diambil oleh pentadbirannya bersesuaian dengan pengurangan yang bakal dilakukan.

“Kita akan kurangkan sedikit demi sedikit (BR1M) sambil menjelaskan objektif kita.

“Saya sentiasa cakap mengenai tongkat. Buanglah tongkat anda, berjalan di atas kaki sendiri. Barulah anda menjadi kuat dan anda akan jadi lebih baik.

Tun Dr Mahathir menyifatkan pentadbiran kerajaan yang terdahulu di bawah Barsan Nasional yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak terlalu ‘memanjakan rakyat’ dengan memberi bantuan wang tunai kepada rakyat tanpa mereka perlu untuk melakukan kerja.

“Najib memanjakan rakyat dengan membuatkan mereka berfikir tanpa melakukan sebarang kerja, kerajaan akan berikan wang kepada mereka.

“Sekarang kita tidak boleh berikan mereka wang kerana kita tidak mencuri wang, tetapi mereka masih mahu wang (BR1M).

BR1M dihapuskan
Wajah ceria penerima BR1M terdahulu.

“Tetapi rakyat masih mahukan BR1M. Mereka menjadi sangat bergantung kepada kerajaan dan ini adalah tidak baik. Mana-mana negara yang rakyatnya berasa kerajaan akan membayar wang walau tidak melakukan apa-apa, ia akan muflis,” katanya seperti dilapor oleh Portal The Malaysian Insight (TMI).

Perdana Menteri berkata, matlamat utama kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan sebanyak mungkin menerusi pelaburan asing dan domestik.

Pembayaran BR1M mula diperkenalkan pada tahun 2012. Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah layak menerima RM1,200, manakala golongan berpendapatan antara RM3,000 dan RM4,000 menerima bantuan sebanyak RM900 setahun.

Bagi individu yang berpendapatan RM2,000 ke bawah pula akan menerima sebanyak RM450. Sebanyak RM6.8 bilion telah diperuntukkan dalam bajet tahun 2018 yang membabitkan pembayaran kepada 7.2 juta penerima yang layak.

Menurut Mahathir mekanisme untuk bantuan baru itu dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup Malaysia, namun setakat ini masih belum ada sebarang pengumuman berhubung perkara itu.

Peringkat ketiga bayaran Bantuan Sara Hidup 2018 dibuat sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha, termasuk peruntukan sebanyak RM1.6 bilion yang dibayar kepada 4.1 juta penerima.

NAJIB MEMBIDAS KENYATAAN TUN – TONTON VIDEO

 

Sumber Berita: Harian Metro Online

Dunia Dilanda Kemarau Pada 2019 - 2022?

Kemarau Panjang Akan Melanda Dunia Pada Tahun 2019 Hingga 2022 – Apakah Petandanya?

Pengalaman Wanita Berniqab Berkahwin Dengan Lelaki Bertatu. Tak Sangka Suaminya Itu…..