in ,

PM Umum 3 Menteri Kabinet Utama

Menteri Kabinet Utama Malaysia

PETALING JAYA, 12 Mei – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat lantikan untuk tiga menteri kabinet yang utama iaitu Menteri Kewangan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan.

Bernama melapurkan, Tun Dr Mahathir telah mengumumkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.

Perlantikan Menteri Kabinet Utama
Perdana Menteri ketika mengumumkan perlantikan 3 Menteri Kabinet Utama – Bernama

Perdana Menteri berkata hanya tiga menteri bagi portfolio utama diumumkan dahulu buat masa ini manakala menteri baki bagi tujuh kementerian akan diumumkan selewat-lewat minggu depan selepas selesai perbincangan dengan parti gabungan Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR, DAP, PPBM dan Amanah.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri pada sidang media selepas mesyuarat khas berkaitan pembentukan Kabinet di Wisma Yayasan Selangor, di sini.

Perdana Menteri turut mengumumkan Majlis Penasihat Kerajaan, yang dianggotai oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican, tokoh perniagaan, Robert Kuok dan pakar ekonomi, Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram.

Semoga Malaysia terkawal dan ekonomi lebih stabil dengan perlantikan awal itu.

PH bentuk kerajaan Negeri Perak

Pakatan Harapan Diberi Mandat Bentuk Kerajaan Negeri Perak

Buasir

Merawat Buasir Berdarah Secara Tradisional