in ,

Polis Rakam Keterangan Dakwaan Berlaku Potong Barisan Dalam Pemberian Vaksin

polis rakam keterangan
Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Tindakan polis rakam keterangan seorang individu yang mendakwa terjadinya penyelewengan dalam pemberian vaksin dengan menyifatkannya sebagai dua darjat dan memotong barisan wajar dibuat untuk melengkapkan kertas siasatan.

Tan Sri Abdul Hamid Bador, selaku Ketua Polis Negara (KPN) menolak tanggapan sesetengah pihak kononnya tindakan merakam keterangan itu adalah untuk menakut-nakutkan individu terbabit. Tan Sri KPN memandang serius tuduhan mengatakan Polis tidak profesional ketika menjalankan siasatan berkaitan dakwaan itu.

Polis Rakam Keterangan Ikut SOP

Abdul Hamid berkata kepada BH bahawa tindakan merakam keterangan itu dibuat selaras prosedur operasi standard (SOP) bagi melengkapkan kertas siasatan yang dibuka susulan satu laporan polis dibuat seorang pegawai kerajaan di Kelantan.

Abdul Hamid berkata, kenyataan individu terbabit penting bagi memperolehi butiran lanjut untuk menentukan sama ada perkara itu benar berlaku atau tidak.

“Tindakan ini (merakam keterangan) tidak sekali-kali berniat untuk menakut-nakutkan individu terbabit seperti dibayangkan pengkritik.

“Dakwaan dalam ciapan (ciapan di Twitter) itu amat serius kerana ia membabitkan nama baik institusi kerajaan negeri,” kata Abdul Hamid.

Tular sebelum ini apabila pakar perunding nefrologi, Dr Rafidah Abdullah memaparkan tangkap layar mesej diterima beliau daripada individu tidak ingin dikenali berhubung perkara itu menerusi ciapan di Twitter @rafidah72.

Dakwaan dalam mesej tersebut adalah berkaitan suntikan vaksin COVID-19 kepada doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang telah disenarai lebih awal sebagai penerima terpaksa ditangguhkan bagi memberi ‘LALUAN’ kepada 200 Ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Kelantan.

Namun, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai berniat jahat.

Izani juga berkata, Kerajaan Kelantan tidak pernah masuk campur dalam sebarang proses menentukan senarai penerima vaksin COVID-19 di negeri itu. Ianya dilakukan sendiri oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).

Bagi Min elok juga polis rakam keterangan bagi menentukan siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal ini.

Written by Admin

Saya orang biasa sahaja namun berminat dalam bidang penulisan. Hanya menulis jika ada kelapangan.

Kalimah Allah Kini Boleh Digunakan Oleh Penganut Kristian

Biri-biri ditahan polis dan disumbat dalam lokap