in , ,

Presiden Van der Bellen Ajak Wanita Austria Memakai Tudung Sebagai Cara Memerangi Prasangka Terhadap Umat Islam

Presiden Austria Ajak Para Wanita Memakai Tudung
Photo: The Renaissance

Presiden Austria, Alexander Van der Bellen (gambar atas), membuat kejutan apabila mengemukakan cadangan yang dianggap sangat kontroversi iaitu menyokong hak wanita untuk memakai tudung. Beliau menyarankan agar semua wanita memakai tudung untuk memerangi prasangka terhadap umat Islam.

Wanita Austria tanpa pengecualian dijemput memakai tudung sebagai satu bentuk perpaduan dengan wanita Islam. Walaupun mendapat tentangan dari berbagai lapisan masyarakat Van Bellen masih tetap cadangannya.

Bercakap kepada pelajar di Dewan Kesatuan Eropah di Vienna pada 24 Mac 2017, Van der Bellen berpendapat bahawa wanita mempunyai hak untuk berpakaian seperti yang mereka mahukan.

muslim austria
Wanita Islam di Austria kini

Van der Bellen berkata:

“Jika Islamophobia terus menyebar, hari mendatang kita perlu meminta semua wanita memakai tudung,”

“Mereka semua, dalam perpaduan dengan mereka yang memakainya atas sebab-sebab agama.”

Alexander Van der Bellen, yang menjadi Ppresiden Austria pada 26 Januari 2017, berharap akan ada hari  istimewa bagi wanita Austria yang memakai tudung. Cadangan yang dipanggilnya sebagai satu bentuk perpaduan dengan wanita Islam disampaikan dalam satu program televisyen ORF. Cadangan ini jelas bertentangan dengan politik semasa disesetengah negara eropah yang ingin melarang pemakaian hijab.

muslim woman austria
Wanita Islam

Antara mereka yang lantang berkempen menentang pemakaian tudung ialah Sebastian Kurz, yang sebelum itu mahu mengharamkan pekerja wanita di institusi awam, termasuk guru daripada memakai tudung.

Walaupun mengenai simbol-simbol agama lain, Kurz berkata, “Memakai salib adalah lumrah di Austria dengan majoriti penduduk Katolik. Jadi menggunakan salib di sekolah adalah dibenarkan. Kerana ia telah menjadi budaya yang sangat lama bertapak di Austria.”

Pemakaian hijab di kalangan wanita islam adalah perkara yang menjadi kontroversi di Eropah, di mana ada yang berpendapat bahawa mereka menghalang integrasi penduduk Islam yang semakin berkembang, sementara yang lain berhujah bahawa tumpuan pada hal-hal berkaitan pakaian seperti hijab, niqab dan burqa adalah memudaratkan.

Sebelum ini Austria menyertai Perancis dan Belgium melaksanakan pengharaman seluruh negara pada tudung yang mengaburkan wajah, seperti niqab dan burqa, di tempat awam.

Semoga hasrat Van der Bellen dilaksanakan tanpa sebarang perkara yang tidak diingini dan berterusan. Paling tidak beliau diberi hidayah oleh Allah swt.

Sumber: The Renaissance

Buah Bambangan Hapus Sel Kanser Payudara

Ekstrak Buah Bambangan Mampu Hapus Sel Kanser Payudara – Prof Madya Dr Mohd Fadzelly Abu Bakar

Doa Mustajab Selepas Tahiyyat Akhir

Amalkan 10 Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir dan Sebelum Salam