in

Presiden FIFA Jemput 12 Remaja Thailand dan Jurulatih Yang Terperangkap Dalam Gua Untuk Saksikan Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018

Presiden FIFA, Gianni Infantino telah menjemput 12 pemain remaja dari Thailand dan jurulatih mereka untuk lawatan ke Moscow sambil menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018 jika mereka keluar dengan selamat dan berada dalam keadaan sihat untuk melakukan perjalanan jauh.

Remaja dan Jurulatih yang terperangkap di dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai. Photo: CNN

Jemputan itu dibuat melalui sepucuk surat kepada Presiden Persatuan bolasepak Thailand (FAT), Jeneral Somyot Poonpanmoung, semalam.

Berikut adalah salinan surat yang disiarkan dalam facebook Persatuan Bolasepak Thailand.

“Kami berharap, mereka dapat disatukan semula dengan keluarga masing-masing pada hari-hari yang akan datang dan tahap kesihatan mereka bagi membolehkan mereka melakukan perjalanan.

FIFA gembira untuk menjemput mereka sebagai tetamu kami untuk menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018 di Moscow”.

Demikian menurut Gianni Infantino dalam surat tersebut.

Perlawanan Akhir akan berlangsung pada 15 Julai 2018 ini di Stadium Luzhniki, Moscow.

Venue Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018 di Moscow.

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan berita kehilangan sekumpulan remaja pemain bolasepak di Thailand. Setelah sembilan hari hilang, akhirnya mereka ditemui oleh pasukan penyelamat.

Mereka didapati terperangkap di dalam Gua Tham Luang yang dinaiki air di Chiang Rai sejak 23 Jun lalu. Semalam, seorang anggota penyelamat telah meninggal dunia selepas pengsan semasa operasi menyelamat dijalankan.

Infantino berharap semua remaja dari Akademi bolasepak Wild Boar itu dapat menyertai FIFA di perlawanan akhir nanti. Ia juga akan menjadi detik bersejarah dengan bermulanya detik persahabatan dan sambutan yang meriah serta indah untuk mereka.

Kerja-kerja untuk membawa mereka keluar agak sukar kerana pasukan penyelamat terpaksa menyelam sehingga 12 jam untuk sampai kepada kumpulan remaja berkenaan yang terperangkap.

Dalam surat itu, Infantino menyatakan, merasa lega apabila mengetahui bahawa kumpulan remaja itu telah ditemui oleh pasukan penyelamat.

Beliau melahirkan rasa simpati yang mendalam dan menyatakan sokongan FIFA kepada keluarga mangsa.

Sumber: MK

Cara Mudah Merawat Kaki Cagu

12 Cara Mudah Merawat Kaki Cagu

Tutup Pusat Tahfiz

“Tutup Semua Pusat Tahfiz Di Seluruh Negara” – Zainuddin Maidin