in , ,

Presiden Skuad Badar Di Reman 4 Hari

Presiden Skuad Badar Ditahan

PRESIDEN Skuad Badar direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran Akta Pertubuhan dan Akta Rahsia Rasmi.

Difahamkan, perintah reman ke atas Azhar Mohamad itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini.

Azhar Mohamad
Photo: Metro

Azhar, 46 tahun, telah ditahan pada kira-kira jam 10 malam semalam. Turut ditahan adalah seorang lagi ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu yang berusia 30-an, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di Sungai Petani.

Penahanan kedua-dua mereka itu dipercayai susulan daripada laporan yang dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) terhadap Azhar seperti yang telah tular di laman sosial.

Beliau ditahan kerana dikatakan melakukan aktiviti penguatkuasaan tanpa kebenaran JHEAIK. Skuad Badar juga tidak pernah dilantik menjadi penguat kuasa agama yang sah.

Selain itu, skuad Badar juga didakwa tidak pernah diberikan tauliah, atau dibenarkan memasuki premis tanpa kebenaran dan waran geledah.

Penahanan itu telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah. Walau bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.

Inilah cabaran yang terpaksa dilalui oleh orang-orang yang mempunyai keinginan untuk membenteras sesuatu perkara yang bertentangan dengan akidah islam dengan alasan tidak mempunyai tauliah. Tauliah boleh diberi jika JHEAIK berhendak dengan memanggil mereka dan melatih mereka supaya mengikut peraturan yang ada.

Admin masih teringat bagaimana Skuad Badar memeriksa sebuah kedai permainan video game di Sungai Petani beberapa bulan lalu. Yang menyedihkan terdapat ramai-ramai kanak termasuk yang  bawah umur sedang asyik bermain video game walhal mereka keluardari  rumah untuk pergi ke masjid bagi menunaikan sembahyang jumaat. Jika tidak sudah tentu ibu bapa menyangka anak mereka pergi ke masjid. Tentu ada pihak yang gembira dan ada yang sedih dengan penahanan ini.

Semoga dipermudahkan urusan untuk kita berbuat baik.

Sumber: Metro

Resepi Roti Canai Lembut dan Wangi

Resepi Roti Canai Lembut dan Wangi