Projek Azam Simpati 2018 Bagi Membantu Mereka Yang Kurang Bernasib Baik Sempena Tahun baru

Assalammualaikum dah salam sejahtera.

Untuk makluman semua

Kami berbesar hati akan mengadakan satu program untuk membantu golongan miskin dan gelandangan di kawasan sungai petani dan seberang perai utara sempena menyambut kedatangan tahun baru 2018.

Sasaran adalah golongan gelandangan dan miskin

Sehubungan dengan itu kami ingin meminta sumbangan dari semua pihak bagi menjayakan projek ini.

Untuk makluman anda kami juga bekerjasama dengan C’JINAKZ PETS HOUSE dan JAGUNG CHEESE LELEH. Kedua-duanya dari Bandar Puteri Jaya.

Bantuan anda sangat diperlukan

PROGRAM YANG AKAN DILAKSANAKAN ADALAH:

Tarikh: 31 Dis 2017 – Malam Tahun Baru

Masa: Tepat 12.00am

1. BANTUAN MAKANAN PERCUMA KEPADA GELANDANGAN DI SEBERANG PERAI UTARA.

2. TAZKIRAH DARI USTAZ JEMPUTAN KEPADA GELANDANGAN UNTUK KESEDARAN DIRI.

Tarikh: 01 Jan 2018.

Masa: 4.30pm

1. PROJEK BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN UNTUK KELUARGA MISKIN DI KAWASAN SUNGAI PETANI.

Semoga projek ini berjaya mencapai objektifnya

Sebarang sumbangan dan maklumat Lanjut sila HUBUNGI Ery/Fuad di talian 0174667169

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *