in ,

PTPTN Mohon KWSP Benarkan Peminjam Yang Tidak Menamatkan Pengajian Mengeluarkan Caruman Mereka Pembayaran Balik Pinjaman Pembelajaran

Berbagai cara yang diusahakan oleh pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) agar peminjam melunaskan pembiayaan pembelajaran mereka. Antara usaha-usaha yang telah dilakukan adalah memohon pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar membenarkan pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka bagi tujuan tersebut.

Akhbar atas talian Watan Online melaporkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional telah memohon agar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja membenarkan pencarum yang tidak tamat pengajian mengeluarkan wang simpanan mereka bagi membolehkan pembayaran pinjaman pendidikan dibuat.

Pengerusi PTPTN
Wan Saiful Wan Jan

Wan Saiful Wan Jan selaku pengerusi PTTN berkata, ia bertujuan untuk membantu peminjam menunaikan tanggunjawab mereka bagi melunaskan hutang semasa belajar dengan menggunakan wang simpanan mereka walaupun tidak menamatkan pengajian.

“PTPTN menyokong penuh desakan rakyat untuk selesaikan hutang PTPTN menggunakan dana daripada pihak KWSP.

“Saya akan membawa pandangan ini kepada Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) dalam jangka masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu lalu.

Beliau telah merujuk kepada cadangan yang sering diutarakan oleh para peminjam agar membenarkan semua kategori peminjam pendidikan mengeluarkan dana KWSP bagi tujuan membuat pembayaran balik termasuk juga kepada peminjam yang tidak berjaya menamatkan pengajian mereka.

Ramai peminjam PTPTN menyatakan kekecewaan mereka susulan tidak boleh mengeluarkan wang simpanan sendiri di KWSP untuk menyelesaikan hutang mereka, kata Wan Saiful.

“Walaupun saya memahami kekecewaan peminjam, saya memohon maaf kepada peminjam kerana cadangan ini di luar bidang kuasa saya.

“Ketika ini, kemudahan pengeluaran dana KWSP untuk membuat pembayaran pinjaman pendidikan termasuk pinjaman PTPTN adalah di luar bidang kuasa PTPTN.

“Urusan pengeluaran dana KWSP adalah sepenuhnya di bawah kuasa KWSP sendiri. Hanya pengeluaran pendidikan untuk mereka yang tamat pengajian saja dibenarkan,” katanya.

Rawatan Insomnia Secara Tradisional Dengan Menggunakan Herba

Penawar Kencing Manis

Cara Mudah Merawat & Mencegah Kencing Manis – Hanya Dengan Tumbuhan Di Sekeliling Kita