in ,

Rahsia Banyaknya Angka 7 Dalam Penciptaan Allah SWT

Angka 7

Sesungguhnya ALLAH itu ganjil dan DIA suka akan keganjilan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW, baginda suka menggunakan nombor ganjil berbanding genap dan dalam banyak-banyak  nombor yang diulang-ulang di dalam al-quran adalah ANGKA 7.

Dalam Islam, terlalu banyak angka 7 digunakan. Angka tersebut dipilih oleh Allah SWT dalam beberapa ibadah umat Islam. Ada yang disebut berulang kali di dalam Al-Quran Kareem. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apakah kelebihan dan rahsia Angka 7. Hikmat dan rahsia itu pula dikembalikan kepada kita.

Perasankah atau tahukah anda bahawa angka tujuh memenuhi keperluan kehidupan manusia. Apabila disebut 7 hari, maka kita wajar penuhkan 7 hari itu dengan amalan yang membawa kita ke syurga. Mari kita lihat yang berkaitan dengan Angka 7.

Rahsia nombor 7 dalam islam
Jumlah pusingan tawaf adalah sebanyak 7 pusingan

APAKAH HIKMAH ANGKA 7

Allah SAW telah menjadikan atau berkehendakkan:

  • 7 hari dalam seminggu.
  • 7 lapisan langit dan 7 LAPISAN bumi.
  • 7 ayat di dalam surah al-fatihah.
  • 7 pusingan ketika bertawaf mengelilingi kaabah.
  • 7 kali Saei antara Safa dan Marwah.
  • 7 pintu syurga dan neraka.
  • 7 pemuda yang tidur lebih 300 tahun di dalam gua (Surah Al-Kahfi).
  • 7 anggota sujud di dalam solat iaitu 2 kaki, 2 lutut, 2 tapak tangan dan 1 dahi.
  • 7 lautan iaitu Laut Mediterranean, Laut Adriatik, Laut hitam, Laut Merah, Laut Arab, Laut Persian dan Laut Kaspia.
  • 7 benua iaitu Afrika, Amerika Selatan, Amerika Utara, Antartika, Asia, Eropah dan Oceana.
  • Angka 7 sebagai Nombor Perdana dalam penyelesaian masalah matematik yang juga digelar sebagai ‘safe prime’ atau nombor perdana yang unik.
  • Angka 7 sebagai penyelesai kebanyakan masalah matematik yang melibatkan nombor kuasa genap, polynomial, vector dan nombor faktor sepunya.
  • 7 sisi polygon (heptagon) dimana sesebuah polygon sekata dapat dilukis dengan menggunakan jangka lukis namun tidak bagi Heptagon (7 sisi) yang sekata ini.
  • Nombor 7 sebagai nilai yang paling kerap muncul (kebarangkalian 1/6) apabila dadu dibalingkan, jumlah hasil tambah 2 permukaan yg muncul itu menghasilkan 7.
  • Millenium Prize Problems merupakan 7 masalah dalam ilmu matematik yang diumumkan oleh Clay Mathematics Institute. Hingga kini 6 lagi masalah tersebut belum diselesaikan.
  • Terdapat 7 unit S.I (Standard International) dalam sukatan fizik iaitu meter, kilogram, saat, ampere, Kelvin, mole dan candela.
  • 7 warna pelangi.
  • 7 atom karbon di dalam setiap molekul Heptana
  • 7 sebagai nilai ‘NEUTRAL’ antara sifat asid dan alkali.
  • 7 sebagai nombor atom di dalam nitrogen.
  • 7 adalah bilangan “KALA” di dalam jadual berkala (pengelasan unsur kimia)
  • 7 “Cervical vetebratae”/(tulang belakang leher yang menyambung ke kepala) bagi kebanyakan mamalia.
  • 7 jenis virus merujuk kepada “Pengelasan Baltimore”
  • 7 tompok hitam di atas badan kumbang jenis “LADYBIRD”
  • 7 keajaiban dunia yang telah direkodkan/ 7 wonders of the ancient world.
rahsia angka 7 dalam islam
Jika anda perhatikan betul-betul, tompok hitam pada kumbang ini sememangnya berjumlah 7

Terdapat beratus-ratus lagi penggunaan angka 7 yang tidak disenaraikan di sini. Dalam Bidang Astronomi, Psikologi, Falsafah, Kebudayaan, Penulisan, Kepercayaan Agama (Buddha,Hindu dan Kristian) yang telah direkodkan dan berkemungkinan masih terlalu banyak lagi yang masih belum dikenal pasti. Hinggakan pemain bolasepak ternamapun berebut-rebut untuk menyarung jersi No.7.

Baca – Tanda-Tanda Akhir Zaman. Salah Satunya Adalah Wab4k Peny4kit

Misteri dan Rahsia Angka 7

Renungan untuk memahami al-Quran sudah semestinya dilakukan oleh seorang muslim dalam menambah ketakwaan dan keilmuan, sehingga kita semua terjaga dari bahaya kemunduran iman.

Selain itu sikap perenungan untuk memahami al-Quran dapat menjadikan fikiran semakin luas, arif dan bijaksana dalam menyikapi permasalahan, tidak serta merta membenarkan atau menyalahkan dengan taklid buta. Itulah jalan kebenaran dengan al-Quran sebagai pedoman dan petunjuk kepada kehidupan.

Fenomena alam sememangnya sangat rumit, tetapi selagi masih berkaitan dengan dunia, semuanya mungkin dapat dipelajari dan difahami. Tidak dapat dinafikan, Angka 7 adalah salah satu nombor istimewa, angka ini mempunyai ciri-ciri khas dalam pelbagai rutin ibadah, alam semesta, dan juga sejarah.

Keistimewaan Angka 7

Jadi, apakah rahsia disebalik angka ini yang menjadikan 7 sangat istimewa? Berikut adalah ulasan tentang keistimewaaan angka 7:

1. Allah memilih angka 7 dalam penciptaan lapisan langit dan bumi yang jumlahnya sebanyak  lapis:

“Dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit”. – Al-Baqarah ayat 29.

“Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah”. – Al-Isra ayat 44.

“Katakanlah. Siapakah yang memiliki tujuh langit dan ‘arasy yang besar”. – Al-Mu’minun ayat 84.

“Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya”. – Fushshilat ayat 12.

“Allah-lah yang mencipta tujuh langit dan seperti itu pula bumi”. – Al-Thalaq ayat 12.

“Yang telah menjadikan tujuh langit berlapis-lapias”. – AI-Mulk ayat 3.

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat? – Nuh ayat 15.

angka 7 dalam islam
Dalam seminggu sudah ditetapkan 7 hari sejak ribuan tahun dahulu

2. Jumlah hari dalam seminggu adalah 7 hari iaitu:

Ahad (Pertama), Isnin (kedua), Selasa (ketiga), Rabu (keempat), Khamis (kelima), Juma’at (Keenam, (Berkumpul/ berjamaah)) dan Sabtu (ketujuh, (berhenti atau terakhir)).

3. Warna pelangi sebanyak 7 jalur iaitu:

Merah bermaksud berani dan cinta yang membara, Jingga bermaksud kekuatan dan kesihatan, Kuning bermaksud keceriaan dan kesenangan yang abadi, Hijau bermaksud sumber kehidupan, Biru bermaksud kedamaian, Indigo bermaksud Kesederhanaan dan Ungu bermaksud kemewahan dan kebijaksanaan.

4. Rasulullah SAW juga banyak menyebutkan tentang Angka 7 dalam beberapa haditsnya. Antaranya:

“Aku datang untuk menjelaskan lailatul qadar kepada kalian, namun fulan dan fulan saling berdebat sehingga akhirnya diangkat (lailatul qadar), dan semoga menjadi lebih baik buat kalian, maka dapatkanlah (lailatul qadar) pada hari ketujuh, enam, dan lima”. (HR. Bukhari)

“Jika anjing menjilat bejana (periuk), maka hendaklah ia dicuci hingga tujuh kali”. (HR. Bukhari).

5. Tawaf sebanyak 7 Pusingan:

Seorang mukmin bertawaf di sekeliling Baitullah sebanyak tujuh pusingan, melakukan sa’i antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali serta melempar jumrah dengan tujuh kali.

6. Terdapat 7 surah di dalam al-Quran yang diawali dengan kalimat tasbih iaitu:

Surah Al-Hadiid, Surah Al-Hashr, Surah As-saff, Surah Al-Jumua, Surah At-Taghabun dan lain-lain. Kalimat tasbih tersebut baik yang berupa fi’il madzi maupun mudhore’.

7. Angka 7 digunakan oleh Allah SWT dalam perumpamaan dalam bersedekah.

Seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud:

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah. Adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai: seratus biji, Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang diminta kerana Allah, lalu memberi maka tujuh puluh kebaikan ditulis untuknya.” – HR. Baihaqi.

8. Terdapat 7 ayat di dalam Al-Quran yang menjelaskan tentang penciptaan langit iaitu ayat-ayat dalam surah:

Al-A’raf ayat 54, Yunus ayat 3, Hud ayat 7, Al-Furqan ayat 59, As-Sajadah ayat 4, Qaf ayat 38 dan Al-Hadid ayat 4.

9. Angka 7 adalah angka yang pertama sekali disebutkan di dalam Al-Quran iaitu:

Surat Al-Baqarah ayat 29 yang berbunyi “Tsummastawaa ilassamaai fasawwa hunna SAB’A samawaatin, wahuwa bikulla syain ‘aliim”.

nombor 7 dalam islam
Surah Al-Baqaran Ayat 29

10. Angka 7 juga adalah angka yang paling banyak diulang dalam Al-Quran setelah Angka 1 (ahad), ini menunjukkan betapa pentingnya angka ini.

11. Awal surah dalam Al-Quran adalah surah al-Fatihah, dia adalah semulia-mulia surah dalam al-Quran

Surah Al-Fatihah dinamakan dengan Sab’ul Matsaani (silahkan dilihat kembali penafsiran surah ini), sementara jumlah ayatnya ada 7 ayat.

Jumlah bilangan huruf abjad dalam bahasa Arab yang diturunkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran adalah sebanyak 28 huruf.

Jumlah 28 ini adalah perkalian dari angka 7, yakni 7 × 4 = 28.

12. Ketika Nabi SAW menerangkan hal-hal yang merosakkan, beliau membatasinya pada 7 perkara.

Baginda SAW bersabda:

“Jauhilah 7 perkara yang merosakkan”. – HR. Al-Bukhari dan Muslim.

13. Ketika menggambarkan orang-orang yang beriman yang akan dinaungi oleh Allah SWT pada hari kiamat, dia membataskannya kepada 7 golongan iaitu:

“Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah SWT dengan bayangan-Nya pada saat tiada naungan kecuali dari bayangannya”. – HR. Al-Bukhari dan Muslim.

14. Ketika menerangkan kezaliman dan mengambil tanah orang lain tanpa alasan, baginda menjadikan angka 7 sebagai simbol azab pada hari Kiamat

Baginda SAW bersabda:

“Orang yang menzalimi orang lain walau hanya beberapa jengkal tanah, akan dikalungkan azab dari 7 bumi”. – HR. Al-Bukhari dan Muslim.

15. Nabi SAW menerangkan bahawa Allah SWT memerintahkan kita bersujud dengan 7 organ tubuh.

Baginda SAW bersabda:

“Aku diperintah untuk bersujud dengan 7 tulang”. – HR. Al-Bukhari dan Muslim.

7 anggota sujud
Ketika bersujud, Allah menetapkan 7 anggota sujud sebagai syarat sah iaitu 2 kaki, 2 tangan2 2 lutut dan dahi.

16. Jika bejana (periuk) dijilat anjing, maka disucikan dengan mencucinya 7 kali, salah satunya dengan debu.

17. Rasulullah SAW juga berbicara tentang Jah4nnam pada hari Kiamat kelak.

Baginda bersabda:

“Pada hari itu Jah4nnam didatangkan dengan 70 ribu kendali”. – HR. Muslim.

Baginda SAW memohon perlindungan dari azab Jah4nnam sebanyak 7 kali dengan doa, “Ya Allah! Selamatkanlah aku dari ner4ka”. – HR. An-Nasa’i.

18. Tentang asbab untuk kesembuhan, Rasulullah SAW memerintahkan agar kita membaca doa berikut sebanyak 7 kali:

Nabi Bersabda: “Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan apa yang kudapatkan dan kutakutkan”. – HR. Muslim.

19. Makan Kurma Sebanyak 7 Biji:

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa memakan 7 biji kurma ajwa di pagi hari setiap hari, maka pada hari itu, dia tidak akan terkena racvn dan sihir”. – HR. Bukhari dan Muslim.

20. Tentang puasa di jalan Allah SWT menjelaskan pahala yang besar yang disiapkan Allah SWT bagi mereka yang melakukannya.

Nabi SAW bersabda:

“Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah SWT, kecuali Allah SWT menjauhkannya berkat puasa sehari itu dari neraka sejauh 70 musim gugur”. – HR. Al-Bukhari dan Muslim.

21. Ketika seorang sahabat meminta Baginda SAW menjelaskan tentang waktu untuk mengkhatamkan Al-Quran:

Rasulullah SAW bersabda:

“Khatamkan al-Quran setiap 7 hari dan jangan lebih cepat dari itu”. – HR. Al-Bukhari dan Muslim.

22. Rasulullah SAW beristighfar sebanyak 70 kali sehari.

Baginda menerangkan tentang pahala yang berlipat ganda dalam sabdanya:

“Setiap perbuatan manusia digandakan kebaikan dengan 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda”. – HR. Muslim.

23. Ketika mengajarkan bagaimana cara untuk berlindung kepada Allah SWT bagi menghilangkan kegelisahan, Nabi SAW memerintahkan umatnya untuk mengulangi pembacaan ayat berikut sebanyak 7 kali:

Firman Allah yang bermaksud:

“Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain Dia. Kepada-Nya aku berserah diri. Dia adalah Tuhan Arsy yang agung”. – QS 9 At-Taubah ayat 129.

7 dalam islam
Dunia ini dibahagikan kepada 7 Benua. Kenapa tidak 3 atau 8?

Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia atau secara kebetulan. Sebaliknya ia ada suatu hikmah besar yang tersembunyi dalam pengetahuan dan rahsia Allah SWT itu sendiri.

Demikian serba sedikit artikel yang berkaitan dengan keistimewaan Angka 7. Jika ada kesilapan dalam penulisan atau maknanya, itu adalah kelemahan kami sendiri dan mohon kemaafan. Kami membuka pintu seluasnya untuk anda menegur dan membetulkan kesalahan tersebut.

Semoga artikel ringkas dari sumber Islam Itu Indah ini dapat memberikan penerangan dan pemahaman, sehingga kita semua lebih yakin dan lebih percaya akan ayat-ayat yang menjadi petunjuk yang Allah turunkan melalui Nabi dan Rasul-Nya Muhammad SAW. Wallahu a’lam.

Baca – Rahsia Ayat 58 Dalam Surah Yaasin Jika Dibaca Sebanyak 7 Kali

Kesimpulan

Terdapat banyak lagi Angka 7 yang digunakan oleh Allah di dalam penciptaan makhluk dan alam ini. Kadang-kadang kita tidak pernah terfikir apakah rahsianya dan mengapa nombor 7? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tidak ada apa yang sia-sia dalam setiap penciptaan-Nya.

Semoga bermanfaat.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Terima Hadiah Dari Perdana Menteri

Terharu Sugu Pavithra dan Suami Terima Hadiah Dari Perdana Menteri

air telang

Jom Buat Air Telang Selasih. Banyak Kegunaan Bunga Comel Ni!