in

Inilah Rahsia Mengapa Nabi Muhammad SAW Melarang Umatnya Tidur Selepas Solat Subuh

Untuk bangun pagi seawal jam 5 pagi bukannya senang. Dengan keadaan suhu yang sejuk, keadaan yang begitu sedap tidur dan ada sedikit rasa malas, memang sukar untuk berbuat demikian.

Malah ada yang telah bangun menunaikan solat subuh, akan tetap tidur kembali. Tidur selepas solat subuh memang mengasyikkan. Ramai yang tidak tahu, sebenarnya ianya sangat bahaya. Setiap larangan yang dianjurkan oleh agama Islam mempunyai sebab-sebab tertentu. Kenapa Islam Melarang?

BERTENTANGAN DENGAN SUNNAH RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW menganjurkan agar selepas sahaja bangun pagi hendaklah diteruskan dengan aktiviti tertentu. Selepas selesai menunaikan solat subuh, Rasulullah SAW akan berzikir sehingga tibanya waktu syuruk.

Nabi melarang umatnya tidur selepas solat subuh
Berzikir adalah amalan yang sesuai selepas solat subuh sehingga waktu syuruk

TIADA KEBERKATAN DI WAKTU PAGI

Rasulullah SAW mendoakan keberkatan bagi umatnya yang bangun di waktu pagi. Sebaliknya, doa itu mengisyaratkan bagi mereka yang tidur lagi selepas Subuh, mereka akan kehilangan keberkatan yang disebutkan dalam doa baginda.

Rasulullah SAW bersabda:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا

Maksudnya:

“Ya Allah, berkatilah umatku di waktu paginya.” (HR. Abu Daud).

Keberkatan yang dimaksudkan dalam ayat ini mempunyai maksud yang sangat luas. Secara umumnya adalah dengan bertambahnya kebaikan. Maksud kebaikan adalah luas seperti keuntungan dalam perniagaan, hasil kerja meningkat, hasil bertani juga meningkat sehingga membolehkan mereka berinfak dan bersedekah.

Shakhr Al-Ghamidi RA, adalah orang yang telah membuktikan bahawa doa Rasulullah SAW tersebut adalah benar. Sebagai peniaga, Shakhr akan memulakan perniagaan bermula di awal pagi. Akhirnya beliau menjadi seorang peniaga yang kaya.

Rasulullah melarang tidur selepas subuh
Gambar hiasan

BACA JUGA: Jangan Tinggalkan 2 Amalan Sunnah Selepas Solat Subuh dan Maghrib

MALAS DAN HILANG SEMANGAT

Tidur pagi selepas solat subuh membuatkan seseorang itu tidak bersemangat dan menjadi malas. Sepatutnya selepas solat subuh diisi dengan perbuatan dan amalan yang berkualiti seperti beribadah atau berzikir. Amalan tersebut menjadikan masa seterusnya lebih berkualiti, segar dan bersemangat. Ini dibuktikan samada secara perubatan ataupun secara ruhiyah.

Rasulullah SAW bersabda:

وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ

Maksudnya:

“Lakukanlah ibadah (secara berterusan) di waktu pagi” (HR. Al Bukhari).

Sebahagian ulama menjelaskan bahawa ghadwah dalam hadis ini adalah waktu antara Subuh dan matahari terbit. Ulama yang berkaliber, Ibnu Taimiyah menjelaskan bahawa ketika dirinya berzikir selepas Subuh, maka di sebelah siangnya beliau menjadi bersemangat manakala kekuatannya bertambah.

Namun apabila beliau tidak berzikir di waktu pagi selepas subuh, beliau merasakan dirinya seperti kehilangan semangat di sebelah siangnya.

LEMAH DAN MUDAH SAKIT

Sering tidur di waktu subuh juga boleh menyebabkan keadaan fizikal seseorang menjadi lemah dan akan mudah sakit seperti sakit kepala. Menurut kajian, tidur selepas subuh boleh menyebabkan serebrospinal bergerak ke otak yang menyebabkan sakit kepala.

Ibnu Qayyim Al Jauziyah menulis dalam Zaadul Ma’ad:

“Tidur pagi juga Menyebabkan pelbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat”.

Bahaya tidur selepas subuh
Risiko sakit kepala

LEMAH SYAHWAT

Seperti dinyatakan dalam Zaadul Ma’ad:

“Sesiapa yang tidur pagi selepas Subuh boleh menyebabkan lemah syahwat”.

BACA JUGA: Tip Memudahkan Bangun Subuh Untuk Diamalkan

TERHALANG REZEKI

Tidur selepas solat subuh boleh menyebabkan rezeki seseorang terhalang. Ibnu Qayyim Al Jauziyah menulis dalam Zaadul Ma’ad:

“Empat perkara yang menghalang datangnya rezeki adalah tidur di waktu pagi, sedikit solat, malas dan berkhianat.”

Semoga kita semua menjauhi tabiat tidur selepas solat subuh kerana ianya banyak keburukan dan tiada satupun kebaikan. Waktu subuh juga terkenal sebagai waktu menggamit rezeki. Wallahu a’lam.

Sumber: soyalemon

Rahsia Awet Muda Hanya Dengan Meratah Kaki Ayam

Malaikat Dan Kepantasan Cahaya