in ,

Rakyat Disaran Lupakan Kelapa Sawit dan Tanam Buluh – Teresa Kok

Menteri Saran Rakyat Tanam Buluh

Sebelum ini kerajaan telah mencadangkan agar peluasan penanaman kelapa sawit dihentikan di kawasan baru di seluruh negara. Selaras dengan cadangan itu, Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim menyarankan agar rakyat negara ini terutama pengusaha sawit beralih kepada tanaman lain seperti buluh dan kelapa.

Katanya menteri itu lagi, langkah itu penting memandangkan tanaman seperti buluh dilihat amat berpotensi dan mendapat permintaan yang baik.

tanam buluh
Teresa dalam satu acara pecah tanah

Mari sama-sama kitalihat apa kata Menteri Industri Utama, Teresa Kok semasa sidang akhbar selepas merasmikan Projek The Valley@Bentong di Bentong.

“Saya rasa inilah masanya untuk kita hentikan perluasan penanaman kelapa sawit dan melihat kepada tanaman lain contohnya di Pahang sesete­ngah kawasan terdapat banyak pokok buluh. Buluh boleh dijadikan banyak barangan dan Jepun adalah pasaran terbaik untuk produk buluh.

“Ini adalah antara jenis pokok (tanaman) yang boleh kita lihat, lupakan hanya menumpukan kepada penanaman kelapa sawit”.

Jelas Teresa lagi, Selain dari buluh, pokok kelapa juga dilihat berpotensi dan boleh mendatangkan keuntungan yang mana Malaysia sendiri mengimport kira-kira RM1 juta buah kelapa dalam setahun.

Beliau berkata, memandangkan minyak sawit mencukupi, langkah menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit adalah tepat bagi menstabilkan harga komoditi tersebut.

Beliau manambah, ramai pekebun kecil menderita disebabkan kejatuhan harga minyak sawit pada hujung tahun lalu namun syarikat besar dilihat masih mampu meraih keuntungan.

Pokok Buluh

Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Ahli Parlimen Bentong – Wong Tack, Pengerusi Bina Puri Holdings Bhd. (Bina Puri) – Tan Sri Ir. Wong Foon Meng, Pengarah Urusan Kumpulan Bina Puri – Tan Sri Tee Hock Seng dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Puri – Datuk Mathew Tee.

Sumber: Utusan

Written by Admin

dua kemalangan dalam sehari

Lelaki Ini Hadapi Dua Kemalangan Dalam Sehari – Semoga Beliau Bertabah

Ahmad Maslan Sindir Hasrat Kerajaan Menggunakan Kereta Terbang

Baik Buat Basikal Terbang Tak Kena Tol dan Cukai Jalan – Ahmad Maslan