in , ,

Rakyat Malaysia Tiba Dari Wuhan di KLIA Dengan Pesawat Khas Air Asia

rakyat Malaysia tiba dari Wuhan
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia tiba dari Wuhan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini mula menerima ketibaan rakyat Malaysia dari Wuhan pagi tadi menggunakan pesawat yang disewa khas.

Seramai 133 orang selamat tiba kira-kira jam 5.57 pagi tadi dengan menggunakan Penerbangan Air Asia (AK8264) terdiri daripada 107 penumpang, 20 petugas misi dan enam pegawai daripada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing.

Rakyat Malaysia tiba dari Wuhan

Ketibaan rakyat Malaysia pagi tadi dengan pesawat yang disewa khas. Foto -Sinar Harian

Sinar Harian melaporkan nasib beberapa lagi rakyat Malaysia yang sepatutnya pulang bersama misi tersebut masih belum diketahui dan akan dimaklumkan dalam satu sidang akhbar yang akan diadakan nanti.

Sebelum ini Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah memaklumkan bahawa sebelum mereka dibenarkan memasuki pesawat untuk berlepas balik ke Malaysia, semua penumpang tersebut akan melalui tapisan kesihatan mengikut ketetapan pihak penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe, Wuhan.

Gambar Hiasan – Semua penumpang akan melalui tapisan kesihatan sebelum menaiki pesawat

Walaupun melalui tapisan yaang ketat di Wuhan, semua penumpang tetap akan melalui tapisan kesihatan di Air Disaster Unit (ADU), KLIA sejurus sahaja mereka tiba di Malaysia.

Sesiapa yang dikesan mempunyai simptom akan dibawa terus ke hospital. Bagi penumpang yang melepasi saringan akan dibawa terus ke Pusat Pemantauan yang telah ditetapkan dengan menaiki bas khas untuk tujuan pemantauan bagi tempoh 14 hari.

Penumpang yang melepasi saringan akan di bawa ke Pusat Pemantauan dengan bas khas bagi tujuan pemantauan selama 14 hari. Foto – Sinar Harian

Pada masa yang sama, NADMA akan berhubung dengan semua waris penumpang untuk memaklumkan urusan penerbangan pulang dan memberi penerangan berkaitan proses kuarantin yang perlu mereka lalui sepanjang 14 hari selepas berada di negara ini.

Baca Juga – Amalkan Doa Ini Agar Dihindari Penyakit Merbahaya

Harapan kami agar mereka semua bebas dari sebarang jangkitan.

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Isu sajat umrah

Dia Seorang Lelaki Secara Biologinya, Kerajaan Kesal Tindakan Usahawan Kosmetik – Datuk Mujahid

mi goreng basah

Cara Masak Mi Goreng Basah Yang Sedap