in ,

Rakyat Terengganu Dikecualikan Membayar Cukai Pintu Tahun 2019

Pada tahun hadapan, rakyat Terengganu tidak lagi perlu membayar cukai taksiran atau cukai pintu bagi semua premis kediaman di negeri ini. Malah semua cukai tertunggak juga akan dihapuskan bagi mengurangkan beban rakyat.

Pengecualian tersebut tidak terpakai untuk premis perniagaan. Syarikat perniagaan masih perlu membayar cukai taksiran seperti biasa.

Setakat ini kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan pengecualian itu untuk tahun 2019 dan akan melihat kesannya sebelum mengambil keputusan sama ada akan diteruskan atau sebaliknya pada 2020.

Kerajaan negeri akan menyalurkan peruntukan kepada semua 32 kawasan DUN tanpa mengira sama ada ia dimenangi Pas atau pembangkang. Antaranya ialah peruntukan RM1 juta untuk program Hari Keluarga Peringkat DUN dan program perpaduan nasional.

Kerajaan Terengganu juga memperuntukkan RM97.9 juta untuk agenda pembangunan kualiti modal insan yang menjadi antara teras dalam pendidikan negeri, dalam pembentangan Belanjawan 2019 negeri yang lalu.

Menteri Besar Terengganu 2018
Menteri Besar Terengganu

12 JANJI MENIFESTO PRU14 TELAH DITUNAIKAN

Kerajaan negeri telah menunaikan sebanyak 12 janji manifesto pilihan raya umum ke 14 (PRU14) dan dijangka seluruh baki janji itu akan dilunaskan dalam masa lima tahun secara berperingkat.

Menteri Besar berkata, menunaikan manifesto merupakan satu tanggungjawab dan komitmen yang harus dilunaskan oleh kerajaan.

Antara janji manifesto yang akan ditunaikan ialah mengagihkan kad sejahtera bernilai RM500 setahun kepada setiap keluarga daripada golongan miskin. Kerajaan Negeri juga akan menyediakan wad kelas ketiga percuma di hospital kerajaan dengan peruntukkan sejumlah RM17 juta.

Ia akan dilaksanakan tahun depan bagi meringankan beban rakyat Terengganu yang miskin dan berpendapatan rendah. Kad Sejahtera juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan kesihatan di klinik swasta.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk membina rumah-rumah rakyat di bawah skim Projek Perumahan Terengganu-ku Sejahtera (PPTS) dan projek Rumah Mampu Milik (RMM).

Dalam usaha untuk mendorong lebih ramai terlibat menunaikan fardhu kifayah umat Islam, kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan elaun bulanan kepada juru mandi jenazah dan pembantunya sebanyak RM100.

Kerajaan negeri turut menyediakan khairat kematian sebanyak RM2,000 bagi juru mandi dan pembantunya yang telah berkhidmat lebih dari lima tahun manakala RM1,000 bagi yang berkhidmat kurang daripada lima tahun.

Selain itu menurut beliau elaun juru nikah juga akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 sebulan.

Kesemua inisiatif ini akan dilaksanakan dengan peruntukan RM1.3 juta

Sumber: Media MB Trengganu

Ayam Goreng Ala Korea

Resepi Ayam Goreng Madu Ala Korea (Yangnyeom Chicken)

Cara Bersihkan Paru-Paru Perkokok

Suami Anda Perokok Tegar? Ramuan Ini Mampu Membersih Paru-Parunya