in

Ramai Jadi Mangsa Korban Kebakaran Yang Berpunca Daripada Kebocoran Tong Gas Memasak.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan rumah di negara kita mempunyai Gas Memasak. Tong gas sudah memjadii kewajipan bagi setiap rumah walaupun  masih ada lagi rumah yang menggunakan alternatif lain seperti menggunakan dapur minyak tanah dan sebagainya.

Dapur gas bukan lagi kemahuan tetapi adalah kewajipan

Banyak kes kebakaran yang berlaku berpunca daripada kebocoran dan letupan tong gas memasak. Lebih menyedihkan ia akan melibatkan kecederan, kecacatan dan kehilangan nyawa. Apabila berlaku kebakaran kerugian dan kehilangan harta benda pasti terlibat sama.

Laman Web berkaitan kebocoran gas.

Kata orang malang tidak berbau. Walau bagaimanapun kita boleh elakkan kejadian seumpama itu dengan memastikan tong gas yang kita guna selamat. Gunalah dengan cara yang betul.

TARIKH LUPUT

Mungkin ramai lagi pengguna tidak mengetahui atau tidak menyedari tong gas yang digunakan untuk memasak di rumah juga mempunyai TARIKH LUPUT.

Untuk pengetahuan semua, bukan hanya makanan sahaja yang ada tarikh luput bahkan barangan lain juga mempunyai tarikh luput. Kebanyakan benda yang mempunyai tarikh luput adalah berisiko. Begitu juga tong gas memasak.

Tong gas memasak yang sudah luput (expired) tidak boleh digunakan lagi kerana sudah TIDAK SELAMAT. Ia adalah ibarat seperti bom jangka dan sangat merbahaya. Bila-bila masa sahaja bahaya kebakaran dan letupan boleh berlaku.

KOD UNTUK TARIKH LUPUT

Di bahagian sisi setiap tong gas, Tarikh Luput akan dikodkan (ditulis) secara abjad angka (alphanumeric) iaitu A, B, C atau D mewakili Suku Tahun. Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun.

[A] – Suku Tahun Petama (Jan hingga Mac).

[B] – Suku Tahun Kedua (Apr hingga Jun).

[C] – Suku Tahun Ketiga (Jul hingga Sept).

[D] – Suku Tahun Keempat (Okt hingga Dis).

Selepas salah satu abjad di atas akan tertera 2 digit yang yang mewakili tahun. Contohnya digit 18 (mewakili tahun 2018) dan seterusnya. Ia menunjukkan sehingga tahun berapa tong gas tersebut boleh atau selamat digunakan.

Pada tong gas tertera B-13. Ini menunjukkan tong gas telah luput pada Jun 2013. Photo: bobhata.com

APA TINDAKAN ANDA

Setaip kali membeli atau mendapatkan tong gas gantian, anda hendaklah:

1. Berhati-hatilah ketika menerima atau membeli tong gas.

2. Semak tarikh luput.

3. Pastikan tong gas tidak terlalu berkarat. Karat biasanya terlindung oleh cat. Risiko kebocoran berlaku jika terlalu berkarat.

4. Pastikan pada injap keluar mempunyai getah (washer). Fungsinya adalah untuk mengelakkan kebocoran semasa menyambung ke regulator.

Pastikan washer dalam keadaan baik. Anda boleh tukar sendiri.

5. Buat pemeriksaan berkala pada semua sambungan dan periksa hos samada bocor atau tidak.

Sekarang anda jangan membuang masa jika anda baru sahaja membaca sehingga habis artikel ini.

PERGI KE DAPUR SEGERA DAN PERIKSA TONG GAS ANDA!

Jadilah pengguna yang bijak. KESELAMATAN DIUTAMAKAN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Lelaki Curang Tembak Bakal Isteri Selepas Kantoi Bersama Wanita Lain

Anak Perdana Menteri Dirotan Oleh Guru Sekolah. Apakah Nasib Guru Tersebut Apabila PM Pergi Mencarinya?