Apakah Ramesses II Adalah Firaun Yang Mahu Membunuh Nabi Musa A.S? Atau Hanya Dongeng Semata-mata?

Pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis ketika itu, Francisco Mitterand telah menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk mempelajari, meneliti, dan menganalisa mumia Firaun, Ramesses II yang sangat terkenal.

Ramesses II

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa AS itu telah mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Nabi Musa AS dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejaman Firaun.

Ilustrasi menunjukkan Firaun dan tenteranya tenggelam dalam Laut Merah. Photo: jw.org

Berbalik kepada tawaran Perancis, Mesir pada ketika itu dibawah pemerintahan Presiden Anwar Sadat telah menyambut baik tawaran tersebut dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Kenapa mereka memberi tunduk hormat? Sudah tentu ada sebab tertentu.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Mumia Firaun diletakkan di ruang khas. Photo: zulsegamat

Bucaille merupakan pakar bedah ternama Perancis. Beliau dilahirkan di Pont-L?eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada 1945. Diiktiraf sebagai pakar dalam bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir sendiri.

Kesempatan yang beliau perolehi tidak disia-siakan untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun. Beliau mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian Firaun itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemui sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dasar laut. Adakah apabila jasadnya dikeluarkan dari laut, dia dirawat dengan segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet?

Jasad Remesses II masih dalam keadaan baik semasa dibuka. Photo: history.com

Penemuan itu menimbulkan tanda tanya kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut.

Akhirnya beliau menyiapkan Laporan Akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine (Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden).Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

Seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini.

Kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Kisah Firaun dalam al-Quran:

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau tertanya-tanya bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firaun yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa? Apakah masuk akal Muhammad mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan”. Bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil. Di dalam Kitab tersebut hanya menceritakan Firaun tenggelam di tengah laut ketika mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula hanya menceritakan:

“Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu?”

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Setelah mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Salah seorang daripada mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami”. (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan terharu, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata:

“Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, The Quran, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Buku yang dikeluarkan oleh Prof. Dr. Maurice Bucaille. Photo: quranurdut

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh dipisahkan. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Wajah Ramses II. Photo: islamidia

Sekarang cuba perhatikan betul-betul. Ramesses II mirip sangat dengan muka Rothschild. Tak kenal Rothschild? Cuba la google..

Keluarga ROTHSCHILD

Keluarga besar Rothschild. Lihat wajah di dalam bulatan merah dan bandingkan dengan wajah Ramesses II. Photo: luxury-insider

Bersambung…[Rothschild]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *