in , ,

Rawatan Penyakit Resdung Secara Tradisional, Moden atau Islam

Resdung - Pencegahan & Rawatan

Apa itu resdung? Resdung atau nama lainnya adalah Radang Sinus. Sinus merupakan rongga yang berisi udara di tengkorak yang dilapisi oleh membran (sel yang berlapis) yang mengeluarkan sedikit cairan bagi memerangkap kotoran serta memberi kelembapan pada rongga hidung. Penyakit Resdung boleh dirawat secara tradisional, moden atau islam.

rongga hidung,
Gambar menunjukkan rongga yang berisi udara di tengkorak yang dilapisi membran

Resdung adalah jangkitan atau radang yang berlaku pada lapisan membrane pada rongga sinus. Penyakit ini boleh berlaku kepada semua lapisan usia termasuk kanak-kanak. Ianya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Radang sinus akut dan Radang sinus kronik.

Radang Sinus terjadi disebabkan oleh kulat, bakteria dan virus. Punca atau agen utama yang lain bagi Radang Sinus ini adalah Alahan, ketumbuhan dalam hidung atau polyp dan Iritasi kimia.

GEJALA ATAU TANDA

Seseorang yang mempunyai resdung biasanya boleh dikenali dengan simptom atau tanda-tanda seperti berikut:

  • Hidung sering tersumbat;
  • Sering sakit kepala;
  • Sakit bahagian muka;
  • Jerawat pada muka;
  • Sering selsema;
  • Letih dan lesu;
  • Batuk pada waktu malam yang agak teruk;
  • Nafas berbau busuk;
  • Hilang deria rasa serta deria bau;
  • Sering Demam;
  • Mengalami selsema yang berpanjangan;
  • Sering gatal-gatal di bahagian muka termasuk mata dan hidung.
resdung hidung,
Antara tanda-tanda resdung adalah sering selsema

KENAPA RESDUNG BAHAYA

Resdung sangat bahaya. Radang Sinus Akut boleh menyebabkan mereka yang terlibat terkena:

  • Radang Sinus kronik;
  • Sakit kepala kronik;
  • Bisul pada sinus;
  • Otak;
  • Mata;
  • Sinus Ethmoidal;
  • Sinus Frontal.

RAWATAN UNTUK PENYAKIT RESDUNG

Seperti yang dinyatakan di atas, rawatan untuk penyakit resdung boleh dilakukan samada secara tradisional, secara moden atau rawatan islam.

Mereka yang terkena resdung dinasihatkan agar mendapatkan nasihat doktor. Gejala ini dapat dikurangkan dengan beberapa cara seperti berikut:

  • Hendaklah mempunyai rehat yang cukup
  • Letakkan air panas dalam bekas seperti mangkuk. Bernafas dalam wap panas tersebut (boleh dicampurkan dengan sedikit minyak angin).
  • Makan ubat tahan sakit (disyorkan panadol)
  • Makan ubat selsema bagi mengurangkan bengkak di dalam hidung.
Cara Merawat Resdung,
Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan

RAWATAN MODEN

Rawatan berikut sangat membantu bagi mereka yang terkena Radang Sinus Kronik iaitu:

  • Menggunakan Steriod Nasal Spray. Ianya dapat mengurangkan bengkak dan radang;
  • Menggunakan Antihistamin dalam jangkamasa yang panjang;
  • Melakukan pembedahan Endoscopic bertujuan untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.

RAWATAN ISLAM

Cara rawatan resdung sepertimana yang disarankan oleh Ustaz Sharhan Shafie. Inilah doa untuk rawatan penyakit resdung yang sangat mudah untuk diamalkan amalkan.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

1. Baca Al-Fatihah sekali;
2. Baca Ayatul Kursi sekali;
3. Baca Surah Fushshilat – Ayat 44. Firman Allah SWT :

وَلَوْ جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا أَعْجَمِيًّا لَقَالُوا لَوْلَا فُصِّلَتْ آيَاتُهُ ۖ أَأَعْجَمِيٌّ وَعَرَبِيٌّ ۗ قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ ۖ وَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِي آذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى ۚ أُولَٰئِكَ يُنَادَوْنَ مِنْ مَكَانٍ بَعِيدٍ

Maksudnya:

“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).”

4. Air dari kolah masjid yang terbuka yang mana airnya jatuh kembali ke dalamnya semasa orang ramai mengambil wuduk. Basuh muka dan disedut air masuk ke dalam lubang hidung selepas membaca ayat-ayat diatas.

RAWATAN TRADISIONAL

Bakar kayu manis dan sedut asapnya.

Ambil kayu manis, bakar dihujungnya dan sedut asap melalui hidung. Kayu manis bertindak sebagai antiseptik semulajadi yang membunuh kuman. Kayu manis juga bertindak mengeringkan lendir dan menghilangkan bengkak akibat resdung. Amalkan beberapa hari. Insya Allah anda tidak bersih lagi.

PENCEGAHAN

Bagi mencegah terjadinya sinus cuba elak perkara-perkara berikut:

  • Berhenti merokok.
  • Jauhi minuman beralkohol.
  • Cuba elakkan binatang peliharaan seperti kucing atau anjing.
  • Jika mahu melakukan aktiviti di dalam air seperti menyelam atau berenang, ambil ubat selsema terlebih dahulu.
  • Pastikan kelembapan di dalam rumah adalah dalam keadaan baik.

Semoga info dan petua ini berguna sebagai rujukan bersama terutama untuk mereka yang terkena penyakit resdung.

Baca Juga – Cara Menghilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat dan Berkesan

Sumber: MyHealth & Mingguan Wanita

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Cara Dapatkan Bateri Kereta Apabila Bateri Rosak

Jika Bateri Kong Jangan Panik – Hubungi Bateriku.com

Hukum Makan atau Minum Sambul Berdiri

Makan dan Minum Sambil Berdiri Menurut Islam