in , ,

Remaja Masuk Masjid Untuk Solat Isya Dipukul Hingga Berlubang Dahi

Remaja Dipukul Selepas Solat Di Masjid

Laman facebook seorang hamba Allah telah menjadi perhatian netizen apabila dia memuatkan status berkaitan adiknya yang menjadi mangsa pukul setelah selesai menunaikan solat isyak di sebuah masjid di Selangor kerana disangka pencuri.

Pemilik akaun facebook dengan nama Cyda Rasymelda berkongsi gambar adiknya yang merupakan mangsa pukul sehingga cedera di kepala dan berlumuran dar4h. Difahamkan hasil imbasan x-ray mendapati terdapat kesan hentakan di dahi. Mangsa menerima beberapa jahitan akibat luka tersebut.

Lebih menyedihkan adiknya dipukul menggunakan kerawang pagar besi selepas didakwa mencuri barangan masjid. Padahal mangsa baru sahaja selesai solat Isyak pada malam itu. Sepatutnya orang yang terlibat menyiasat terlebih dahulu dan menyerahkan kepada polis jika disyaki pencuri bukannya memukul tanpa belas ihsan.

kena pukul lepas solat
kerawang pagar yang digunakan

Berikut luahan kakak mangsa:

GAMBAR KATA KAKAK MANGSA

“Bukti lingkaran besi yang dipukul ke Adam dan songkok dia termasuk ke rantai motosikal selepas terjatuh dari motosikal dengan hayunan pertama dari pemukul yang mengakibatkan dahi berlubang.

Report polis sudah dibuat, tunggu polis buat siasatan seterusnya. Rawatan hospital, x-ray mendapati ada hentakan sikit di dahi. Alhamdulillah tidak ada pendarahan yang serius dan sudah terima beberapa jahitan.

Semoga ini menjadi iktibar dan pengajaran untuk semua, bukan semua orang yang masuk masjid pada lewat malam itu pencuri mungkin masa itu diizikan untuk solat lewat. Kita tidak tahu baik buruk manusia, sebelum buat keputusan fikir dulu dan jangan terus pukul tanpa usul periksa.

Nasib tidak m4ti adik aku kau kerjakan.Semoga sipemukul mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya dan segera ditangkap”.

Catatan kaka mangsa di facebook

Kata kakak mangsa lagi,

“Keluarga kami mahukan keadilan. Jika Adam didapati mencuri di dalam masjid hukumlah dia mengikut undang-undang. Saya mohon pihak masjid buat laporan polis buktikan cctv di sekitar masjid, jika adam didapati tidak bersalah saya mohon doa semua orang semoga keadilan berpihak pada yang benar.

Siapa yang bersalah heret ke muka pengadilan”.

Difahamkan pihak mangsa telah mendapat kerjasama dari pihak masjid berkenaan dan hasil penelitian pada CCTV mendapati mangsa mangsa hanya masuk untuk menunaikan solat sahaja.

remaja dipukul
Kopiah mangsa dan salinan laporan polis

Masjid tersebut juga sebenarnya sering menjadi sasaran pencuri. Kebetulan masa mangsa masuk untuk bersolat adalah masa yang sering berlaku aktiviti mencuri. Walau bagaimanapun pihak masjid tidak terlibat dengan kejadian tersebut ia melibatkan pihak lain di luar kawasan masjid.

Kes dianggap selesai dan menunggu tindakan pihak berkuasa. Semoga Adam cepat sembuh dan teruskan berbuat baik. Solat adalah tiang agama namun dia menerima ujian dari tuhannya. Wallahu a’lam.

Artikel Lain: Hukum Menunaikan Solat Hanya Memakai Singlet

Sumber: facebook

Written by Nur Aida

“ALLAHUAKBAR!! Ibu Sonny Bill Williams (Pemain Ragbi All Black) dan Rakan Sepasukannya Mengucap Syahadah

RAWATAN TUMIT MEREKAH

6 Petua Merawat Tumit Merekah Yang Mudah Untuk Anda Lakukan