Remaja Terlanjur Ditinggalkan Kekasih Selepas Hamil & Melahirkan Anak Di Tepi Jalan Selepas Hospital Enggan Membantu

INDIA – Seorang remaja perempuan terpaksa melahirkan anak di tepi jalan apabila kakitangan sebuah pusat perubatan langsung tidak mahu membantunya untuk bersalin.

Laporan Daily Mail menyatakan, remaja terbabit berusia 17 tahun itu dari Saraikela, Daerah Khaesawan di Jharkland, timur India dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang juga berasal dari kampung yang sama apabila dia telah disahkan mengandung ekoran perhubungannya dengan lelaki terbabit.

Walau bagaimanapun, lelaki terbabit meninggalkan remaja perempuan terbabit selepas mengetahui teman wanitanya mengandung. Lebih menyedihkan apabila keluarga remaja perempuan terbabit tidak mahu membantunya kerana mementingkan maruah keluarga . Remaja perempuan tersebut akhirnya dihalau dari rumah selepas mereka tidak menerima bahawa dia sedang mengandug anak luar nikah. Selepas keluar rumah remaja terbabit telah menjadi gelandangan lebih dari 4 bulan .

Namun, Isnin lalu, pada jam 7 petang, remaja malang itu dikatakan telah menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan anak dan dipercayai turut pergi ke sebuah pusat perubatan tempat di Hospital Chandil bagi mendapatkan bantuan memandangkan dia sedang sarat hanya menanti masa untuk bersalin.

Kredit: Koleksi Viral

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *