in

Resepi Agar-Agar Santan

Resepi agar-agar santan

Musim panas ini apa kata kita buat agar-agar. Resepi agar-agar santan pandan yang sedap dan sangat enak dimakan sejuk. Agar-agar ini rasanya memang kita semua biasa makan. Mahu membuatnya juga tidaklah terlalu susah.

Walaupun senang, kami ingin berkongi resepi yang disediakan oleh saudari No Or iaitu pemilik satu akaun facebook. Katanya rasa lemak dari santan dan wangi bau daun pandan memang best sangat. Ianya boleh membuatkan satu dapur menjadi wangi.

agar-agar santan
Agar-agar santan yang sedap

Kebiasaannya, apabila sesekali kita membuat agar-agar, kita akan buat lebih dan simpan di dalam peti ais. Kemudian kita akan dapat menikmatinya dalam keadaan sejuk dan sangat sedap kena pula musim-musim panas begini.

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN

Bahan-Bahan

15 gram agar-agar
3 cawan santan (300 ml)
3 cawan air (300 ml)
1 1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan
beberapa titik pandan emulco
beberapa titik pandan essence

agar agar
Antara bahan yang wajib adalah santan

Cara Penyediaan

1. Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air.

2. Masak sehingga agar-agar menjadi larut.

3. Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, garam dan santan. Masak sehingga mendidih selama beberapa minit.

4. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan.

agar-agar
Proses untuk agar-agar sangat mudah

Apabila sejuk, sangat enak di makan terutama dalam keadaan cuaca sekarang yang sangat panas.

Selamat mencuba .

Sumber: No Or

Written by Admin

Saya orang biasa sahaja namun berminat dalam bidang penulisan. Hanya menulis jika ada kelapangan.

Tukat Alamat Pada Kad Pengenalan

Permohonan Pertukaran Butiran Alamat Pada Kad Pengenalan

Permainan PUBG Menghina Islam Secara Halus