in

Jom Buat Air Telang Selasih. Banyak Kegunaan Bunga Comel Ni!

air telang

Sejak akhir-akhir ini nama bunga telang sering disebut-sebut di dalam media sosial. Macam-macam boleh buat dengan bunga telang ini. Daripada makanan seperti nasi kerabu, pulut tai tai (pulut tekan) dan sampailah kepada air telang.

Menerusi satu perkongsian oleh Alang Firdaus di facegook kelantanese, beliau memberikan resepi dan cara-cara untuk membuat Air Telang Selasih. Nampak warna air dah membuatkan menjadi dahaga walaupun baru lepas berbuka puasa. Apatah lagi ketika berpuasa.

Jangan buang masa lagi, jom baca resepi yang beliau kongsikan di bawah.

RESEPI AIR TELANG SELASIH

Bahan-Bahan

  • Bunga telang
  • Biji selasih
  • Lemon (Terpulang kepada anda)

Cara-Cara Membuatnya

1. Didihkan air bersama bunga telang sehingga bunga kuncup dan tidak kelihatan.

2. Rendam biji selasih sehingga kembang dengan air panas dalam bekas yang lain.
3. Bancuhkan air rebusan bunga telang tadi dengan gula sesecukup rasa.
4. Masukkan biji selasih.

5. Perah lemon pada bancuhan air bunga telang secukup rasa.
6. Hidang bersama ais. Hiaslah cantik-cantik.

Tips:

  • Bunga telang digunakan untuk menghasilkan ekstrak pewarna.
  • Perahan lemon (food acid) akan mengubah warna biru diraja telang kepada ungu.
  • Jika ingin mengekalkan warna biru diraja telang, jangan perah buah lemon atau limau.
  • Jangan salah pilih bunga. Bunga telang adalah sejenis bunga edible (boleh dimakan) sementara bunga seri pagi (seakan-akan bunga telang) bijinya ber4cun.

Bagaimana Rasa Bunga Telang?

Bunga telang tiada rasa. Ia hanya memberi warna. Kita yang akan perasakannya sendiri mengikut selera kita. Lemon, serai wangi, laici, madu, soda adalah antara pilihan yang sesuai.

Dalam contoh di atas Lemon digunakan kerana tiada bahan lain.

Resepi Lain – Cara Masak Mee Goreng Basah

Apa lagi! Selamat mencuba buat berbuka puasa. Perasakan dengan perasa yang sedap-sedap untuk tarik minat anak-anak.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Angka 7

Rahsia Banyaknya Angka 7 Dalam Penciptaan Allah SWT

isteriku

Ketika Isteriku Hamil, Ibu Pinta Aku Kahwini Sepupuku Sebagai Isteri Ke 2