in

Resepi Apam Balik – Letak Jagung Hingga Meleleh

RESEPI APAM BALIK HOMEMADE

Min memang suka Apam Balik. Boleh kata kalau singgah pasar malam mesti beli makanan ini terutama yang tebal. Ianya sangat sedap dimakan panas-panas. Kini apa salah kita cuba sendiri pula dengan resepi Apam Balik Jagung Meleleh yang sangat mudah ini.

Bagi anda yang ingin mencubanya di rumah, resipi mudah yang dikongsikan oleh Puan Raihan Mahat ini adalah antara resepi yang boleh dicuba. Terpulang kepada kita nak buat nipis atau tebal. Bila kita buat sendiri, kalau nak tabur kacang lebih ke, jagung sampai meleleh ke, semuanya atas kita.

apam balik
Apam Balik memang sedap jika dimakan panas-panas

Dengan adunan ini anda boleh memperolehi 4 keping Apam Balik. Memang puas hati jika buat sendiri.

Resepi Apam Balik Jagung Meleleh

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega

Bahan Tabur:

  • Kacang tanah
  • Jagung manis
  • Gula

Cara Memasak:

resepi apam balik sedap
Sebenarnya tidak perlu ada kuali khas untuk memasak apam balik.

1. Dengan menggunakan mixer, putar sehingga telur dan gula kembang. Anda boleh juga pvkul secara manual. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.

2. Putar lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum dan baking powder. Terus putar sehingga semuanya sebati.

3. Panaskan api dan letakkan pan atau non stick pan. Sapukan sedikit marjerin dan ratakan.

4. Tuangkan 1 atau 2 senduk / cawan adunan dan ratakan. Nipis atau tebal terpulang kepada anda. Tapi pastikan ia mudah masak.

5. Apabila adunan hampir masak, taburkan gula. Kemudian taburkan kacang tanah dan jagung manis. Anda boleh juga masukkan sedikit marjerin ke dalam apam balik jika suka.

6. Apabila sudah masak, angkat dan sapukan majerin di bahagian luar apam anda. Sekali masak anda boleh potong empat bahagian. Biasanya sebelum memotong, celup pisau dulu dalam air supaya tidak melekat pada pisau.

7. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk dimakan bersama kopi atau teh panas di waktu petang bersama keluarga.

apam balik tebal
Nampak pun dah menitik air liur

Tips: Sapukan kuning telur rebus pada pan agar apam anda kelihatan cantik dan licin.

Dulu masa remaja Min pernah tolong orang jual apam balik tapi tak pernah terfikir untuk simpan resepinya. Makanan ini memang sedap dan kalau kita teringin pada hari yang tidak ada pasal malam agak sukar untuk mendapatkannya. Apa salah mencuba resepi ini. SELAMAT MENCUBA.

Sila LIKE dan Share juka anda menyukainya. Lain-lain resepi di sini. Terima kasih.

Sumber: Raihan Mahat

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Saksi Utama - Narresh

Ini Jawapan Atas Cacian Terhadap Saya – Narresh

Senam Lidah Mampu Cegah Alzheimer

Benarkah Senam Lidah Mampu Mencegah Alzheimer & Penyakit Lain?