in ,

Cara Membuat Apam Nasi Yang Gebu, Lembut dan Sedap

resepi apam nasi

Jika ada lebihan nasi selepas anda makan malam, anda jangan buang. Ini kerana anda boleh menggunakan lebihan nasi tadi untuk membuat apam nasi yang gebu, lembut dan sedap. Kebiasaannya apam dicicah dengan kelapa parut.

Jika hari-hari membuat nasi goreng dengan nasi sejuk mungkin anak anda atau suami anda merasa jemu. Sesekali berikan kelainan kepada mereka. Suami dan anak-anak tentu suka.

apam nasi sejuk
Biasanya lebihan nasi atau nasi sejuk hanya di goreng samada untuk sarapan atau makan malam.

Sangat mudah untuk menyediakan apam nasi. Mari kita ikuti satu persatu resepi yang dikongsikan oleh Puan Nurul Atika Moktar ini.

RESEPI APAM NASI

BAHAN-BAHAN

Bahan yang disediakan ini mampu menghasilkan sehingga 40 biji apam nasi. Jika anda mahu jumlah yang sedikit, sila kurangkan kuantiti bahannya.

BAHAN UNTUK DIKISAR

# 2 cawan nasi
# 3 cawan air
# 1 cawan gula pasir

resepi apam nasi sejuk
Tiga bahan untuk di kisar iaitu nasi, gula dan air

BAHAN YANG PERLU DIAYAK

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 peket yis mauripan 11g

apam nasi sukatan cawan
Bahan untuk diayak iaitu tepung beras, tepung gandum dan yis

BAHAN LAIN

Pewarna mengikut warna kesukaan anda. Jika anda mahukan warna putih, anda tidak perlukan memasukkan apa-apa warna lagi.

CARA-CARA MEMBUAT APAM NASI

Jika semua bahan sudah mencukupi, teruskan membuat apam yang sedap ini. Sila ikuti langkah demi langkah seperti yang disediakan di bawah:

1. Mula-mula anda hendaklah mengisar dan mengayak bahan-bahan yang dinyatakan di atas.

2. Campurkan semua bahan tersebut di dalam satu bekas dan titiskan pewarna kesukaan anda ke dalam adunan (jika anda mahu). Perapkan selama 1 jam. Tutupkan adunan tersebut samada dengan plastik atau apa sahaja yang bersih.

apam nasi gebu
Proses memasak apam

3. Sediakan Acuan. Sapukan sedikit minyak pada acuan. Anda juga boleh menggunakan cawan kertas. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan atau cawan kertas lebih kurang dalam 3/4 kapasiti acuan. Jangan terlalu penuh.

4. Kukus selama 15 hingga 20 minit atau sehingga apam tadi masak. Anda juga boleh mengukus menggunakan periuk nasi elektrik.

TIPS: Untuk mengetahui apam sudah masak atau belum, cucuk apam tadi dengan lidi dan jika kering lidi tersebut bermakna apam sudah masak. Jika basah teruskan mengukus.

5. Bila apam sudah kembang dan masak sepenuhnya, keluarkan dari pengukus.

apam nasi mekar
Apam siap dimasak sedap dimakan bersama kelapa parut bergaram

6. Parut kelapa dan campurkan dengan sedikit garam. Letakkan di atas apam atau letakkan di dalam piring dan anda boleh cicah apam tersebut.

7. Siap untuk dihidangkan dan sedap untuk di makan.

apam nasi
Apam nasi yang lembut, gebu dan sedap

Selamat mencuba apam nasi kukus. Selepas ini nasi yang lebih tu bolehlah dibuat apam. Silap-silap kalau sedap dan menjadi, ianya boleh jadi duit. Sila share jika anda menyukainya

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Jahanam - Mat Yeh

Lirik dan Lagu Dikir Barat – Jahanam (Mat Yeh)

PERNIKAHAN YANG TIDAK DIBENARKAN

Pernikahan Yang Diharamkan Dalam Islam