in

Cara Buat Bengkang Ubi Kayu Gula Merah Kukus

bengkang ubi kayu

Ubi kayu selain direbus, ianya boleh dimasak dengan bermacam-macam jenis. Boleh di jadikan menu untuk dimakan bersama nasi dan dibuat kuih-muih. Kali ini kami nak kongsikan bagaimana cara nak buat bengkang ubi kayu gula merah.

Bengkang ubi kayu sangat sedap dan mudah untuk dibuat. Bila kita gigitnya rasanya kenyal-kenyal dan memang sedap. Kuih ini menggunakan ubi kayu yang banyak berbanding tepung. Jadi kuranglah rasa tepung tu. Manakan tidak hanya 4 sudu makan tepung sahaja yang digunakan.

resepi ubi kayu
Ubi kayu boleh direbus, dibuat gulai dan kuih muih.

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Mas Cotek menerusi daridapur.com dan kami juga cuba kongsikan dengan anda. Kuih ini dimasak dengan cara mengukus.

Resepi Bengkang Ubi Kayu Gula Merah

Terima kasih kepada Puan Mas Cotek di atas perkongsian resepi bengkang ubi kayu kukus ini. Semoga dimurahkan rezeki puan sekeluarga. Tak sabar kami nak mencubanya.

bengkang ubi kayu gula merah
Bengkang ubi kayu yang nampak sedap

BAHAN

Bahan A:

500 g ubi kayu
4 sudu makan tepung ubi
1 sudu teh garam
pati dari endapan ubi

Cara Proses Bahan A:

1. Kopek ubi kayu dan basuh sehingga bersih. Kemudian parut ubi kayu tersbut. Kemudian masukkan ke dalam kain putih dan perah. Letakkan parutan ubi kayu tadi ke dalam bekas dan campurkan dengan tepung ubi serta garam.

2. Air dari perahan ubi kayu yang diparut tadi yang berbaki, pastikan tunggu seketika dan bila sudah ada pati sudah mendap (endapan) di bawah, ambil balik dengan cara buang air yang ada di atasnya. Endapan pati tadi masukkan ke dalam bekas bersama-sama tepung ubi dan garam tadi.

cara buat bengkang ubi kayu
Sedap dan menarik

Bahan B:

500 ml santan sederhana pekat
300 gram gula merah
75 gram gula pasir
2 helai pandan

Cara Proses Bahan B:

1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Panaskan dengan menggunakan api kecil dan masak sekadar semua gula larut. Tidak perlu tunggu sehingga mendidih. Ketepikan dan tunggu sehingga suam. Tapis dan masukkan ke dalam bekas lain.

CARA BUAT BENGKANG UBI KAYU GULA MERAH

1. Setelah Bahan A dan B siap disediakan, sapukan loyang dengan margerin di dasar dan dinding loyang. Gunakan loyang yang sesuai dengan bahan anda. Dalam resepi yang disediakan ini, loyang yang digunakan bersaiz 25 x 12 x 6.

2. Satukan Bahan A dam B. Gaul semua hingga sebati. Tuangkan ke dalam loyang dan hentak loyang agar bahan tadi rata. Sebelum itu jangan lupa panaskan air dalam pengukus sehingga mendidih. Kukus selama 1 jam.

3. Setelah masak, keluarkan bengkang ubi kayu dan biarkan sejuk. Selepas itu barulah dipotong.

resepi tradisional bengkang ubi kayu
Bengkang ubi yang menarik

Resepi Lain – Resepi Tepung Talam Gula Merah Sukatan Cawan

TIPS-TIPS

1. Jika tiada margerin, untuk elak bengkang melekat pada dinding dan dasar loyang, anda juga boleh lapik loyang mengunakan plastik pembalut nasi tahan panas. Tujuannya supaya senang dikeluarkan nanti.

2. Untuk elakkan air menitik, jangan lupa tutup penutup pengukus dengan kain tuala.

3. Untuk menjadikan potongan bengkang itu cantik, sapukan sedikit minyak pada mata pisau. Potong satu arah dan lap mata pisau. Kemudian sapu lagi sedikit minyak sebelum buat potongan baru.

Mudah bukan? Selamat mencuba dan keluarga anda tentu suka. Sesuai untuk minuman petang dan sarapan pagi.

Sumber: Dari Dapur

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Selangor FA

Selangor FA Rugi RM300,000 Kerana Batal Kejohanan Bolasepak di China

merawat demam panas

Merawat Demam Panas Secara Tradisional