in

Resepi Bihun Sup Utara

Resepi Sup Utara

Sejak merantau berpuluh tahu dulu, jarang-jarang sekali dapat merasa bihun sup yang sedap seperti di negeri asal dulu iaitu Kedah. Sup Kedah sangat berbeza rasanya berbanding dengan sup-sup yang pernah saya jumpa. Saya tidak kata sup negeri lain tidak sedap. Cuma susah nak jumpa sup original negeri tersebut kerana kebanyakkan datang dari negara Gajah Putih.

Bihun sup utara mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri. Kalau sesiapa pergi ke Alor Setar, singgahlah makan bihun sup di Pekan Rabu. Di situ terdapat salah satu bihun sup utara yang sangat sedap. Walaupun saya orang Kedah, namun hanya berkesempatan makan sebanyak 3 kali sahaja kerana banyak masa dihabiskan di perantauan.

resipi bihun sup utara
Biasanya sup utara bihunnya berwarna kuning

Kebiasaannya bihun sup utara bewarna kuning. kuning itu sebenarnya datang dari celupan bihun ke dalam air kunyit. Warnanya membangkitkan selera untuk menjamah bihun sup tersebut. Apabila dijamah rasanya membuatkan anda mahu makan untuk kali yang seterusnya.

Kami akan kongsikan resepi bihun sup utara Puan Zaini Talib yang sedap ini. Anda boleh mencubanya dan rasalah perbezaannya.

RESEPI BIHUN SUP UTARA

Bahan Bihun:

Untuk kuningkan bihun

  • 1 paket bihun faiza
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 3 liter air.
sup utara
Warnanya membangkitkan selera

Cara Menyediakan:

1. Masak air hingga mendidih.
2. Masukkan serbuk kunyit dan kacau.
3. Masukkan bihun dan kacau sekejap kemudian toskan.

Nota: Jangan rendam bihun terlalu lama supaya tidak lembik.

Bahan Sup Tulang:

  • 1 kilogram tulang yang dicampurkan dengan sedikit daging
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2 inci halia – diketuk
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 4 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 sudu teh bunga cengkih ditumbuk kasar
  • 1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • Sedikit batang saderi
  • 3-4 liter air
sup tulang
Proses awal penyediaan kuah sup

Cara Menyediakan Sup Tulang:

1. Basuh bersih tulang dan daging.
2. Masukkan semua bahan dalam periuk.
3. Rebus dengan api sederhana besar sehingga daging empuk serta daging pada tulang lekang.
4. Proses rebusan mengambil masa sehingga 2 jam melainkan anda menggunakan pressure cooker. Pressure cooker mengambil masa sekitar 40 minit untuk empukkan daging.
5. Bila daging sudah empuk anda hanya perlu memasukkan sedikit garam, gula dan serbuk perasa ke dalam sup.
6. Tambahkan bawang goreng bagi menaikkan lagi aroma kuah bihun sup utara anda (optional)

Bahan Sambal Merah:

  • 3 senduk cili kisar atau cili giling
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 3 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 1 keping asam gelugor (asam keping)
  • Garam gula dan serbuk perasa secukupnya
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis
Bihun Sup Utara

Cara Menyediakan Sambal Merah:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang hingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan cili kisar atau cili giling, tumiskan hingga pecah minyak 2-3 kali. Gunakan api yang sederhana sahaja.
3. Masukkan asam keping.
4. Apabila pecah minyak beberapa kali, masukkan garam, serbuk perasa dan gula. Anda boleh gunakan juga gula merah untuk mencantikkan warnanya.

Bahan Hiasan

  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Lobak masin
  • Bawang goreng
  • Limau nipis
  • Tauhu yang digoreng – dipotong dadu
  • Cili merah – dipotong

Jika anda ingin mencubanya, silakan. Mana tahu tambahan dari air tangan anda menambahkan lagi kelazatan resepi bihun sup utara ini. Selamat Mencuba.

Sumber: Dari Dapur

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Makan pisang jika susah tidur

Sila Makan Pisang Jika Anda Sukar Tidur Diwaktu Malam

kebocoran minyak power stereng

Tanda Minyak Power Stereng Bocor Atau Kering