in

Resepi Mudah Boba Milk Tea Pudding

Boba Milk Tea Pudding

Di sana-sini heboh diperkatakan tentang minuman boba milk tea. Gerai-gerai yang menjualnya pun tumbuh seperti cendawan. Tua muda kecil besar kebanyakannya seperti ketagih dengan minuman yang menggunakan pearl bubble ni. Rasanya yang manis dan kenyal-kenyal tu sangat sedap.

Di tengah-tengah populariti minuman bercampur boba ini, macam-macam resepi yang dicampur buba juga telah muncul. Antaranya Boba Milk Tea Pudding. Nak menyediakannya pun tidak lah susah sangat. Apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Nur Fakhira Mohd Rosli ini.

boba
Minuman Boba menjadi kegilaan masa kini

Apa yang kita lihat pada gambarnya pun, ianya sudah nampak sedap. Itu belum lagi kita menjamahnya. Kalau anda dah tidak sabar mahu merasa puding boba ini, jangan buang masa anda lagi. Jom kita baca dulu resepi di bawah ini seterusnya cuba untuk membuatnya.

RESEPI BOBA MILK TEA PUDDING

Bahan-Bahan yang diperlukan adalah:

  • 20gm agar agar tali. Basuh dan rendam sehingga lembut, kemudian toskan.
  • 1 liter air
  • 10 sudu serbuk teh
  • 1 tin susu pekat manis (anda juga boleh kurangkan kuantiti susu pekat manis jika tidak mahu terlalu manis)
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu brown sugar
  • sedikit garam
  • boba pearl secukupnya
minuman boba
Inilah hasilnya. Foto – Nur Fakhira Mohd Rosli

Cara Membuatnya:

1. Rebus agar dengan air dan serbuk teh sehingga mendidih. Pastikan agar agar larut sepenuhnya.

2. Apabila larut, perlahankan api dan masukkan garam. Kacau rata.

3. Masukkan susu manis dan susu cair serta kacau lagi. Akhir sekali masukkan gula perang.

4. Bila kembali mendidih terus tutup api. Biarkan sehingga suam dalam 10 ke 15 minit.

5. Tapis dengan mengggunakan penapis kain dan biarkan sejukkan pada suhu bilik. Kemudian masukkan boba pearls.

6. Akhir sekali masukkan dalam peti ais dan biarkan selama satu hingga tiga jam.

Anda boleh mencubanya sendiri selepas ini. Apa yang kita baca tadi sebenarnya sangat mudah. Hari-hari minum yang sama, apa kata kita cuba buat kelainan sikit. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Resepi Lain – Resepi Kek Coklat Moist Kukus Paling Sedap

Sila LIKE dan SHARE jika anda suka. Terima kasih.

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Isu tulisan jawi

Tiada Keperluan Larang Produk Bukan Islam Guna Tulisan Jawi – Mujahid

6 Ciri Manusia Yang Disukai Jin