in ,

Resepi Cendol Sedap dan Mudah, Hanya Guna Botol Roti Jala

Cara Membaut Cendol Yang Sangat Mudah

Biasanya jika nak minum minuman ini kita akan mencari di gerai-gerai sama ada gerai mamak atau melayu. Mungkin sebelum ini kita sendiri pernah cuba nak membuatnya manun rasa macam susah atau memang tidak tahu. Dulu kalau kita tengok ibu atau nenek kita buat, mungkin kita nampak macam susah sebab mereka biasanya menggunakan peralatan tradisional. Atau kita sendiri tidak tahu menyediakan resepi cendol sedap dan lazat.

cara buat cendol
Cendol merupakan minuman yang sangat sinonim dengan gerai mamak

RESEPI CENDOL SEDAP DAN MUDAH

Melalui satu perkongsian oleh Siti Julaiha Yusoff telah memberi idea bagaimana cara mudah untuk membuat cendol. Acuannya ada di rumah anda iaitu hanya menggunakan botol atau acuan roti jala. Min rasa resepi ini tidak begitu susah untuk kita buat. Jadi jangan buang masa. Teruskam membaca dan boleh membuatnya bila anda sudah bersedia.

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung
3 cawan air pandan
Secubit garam
1 sudu kecil air kapur
Sedikit perwarna hijau

Macam ni pun dah sedap

CARA PENYEDIAAN:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan nampak berkilat. hendaklah sentiasa dikacau agar tidak hangit.

2. Sediakan bekas yang berisi dengan air sejuk.

3. Masukkan cendol ke dalam acuan roti jala dan picit hingga cendol keluar dan jatuh ke dalam air sejuk.

4. Buat sehingga habis. Kemudian simpan cendol berserta dengan airnya di dalam peti sejuk.

PENYEDIAAN UNTUK MINUMAN

Esepi cendol mudah
Cendol sedap pada ramuan santan dan gulanya

1. Sediakan 1/2 kilo pati santan segar. Letakkan secubit garam (tidak perlu dimasak, anda hanya perlu tambah ketulan ais santan supaya tahan lebih lama).

2. Air gula melaka campur gula merah dan masukkan daun pandan (dimasak lebih kurang 1 jam).

4. Untuk melikatkan air gula, campurkan dengan sedikit air bancuhan tepung jagung.

5. Hidangkan bersama kacang merah, jagung manis, pulut atau bahan tambahan lain mengikut citarasa anda.

Resepi cendol
Sediakan mengikut citarasa anda

Cendol juga sedap jika dihidangkan bersama dengan pulut dan durian. Pendek kata anda boleh mencubanya dalam berbagai variasi. Lebih sedap jika makan ketika musim panas.

Kini anda tak perlu lagi bersusah payah nak beratur di gerai-gerai sebab dah boleh buat sendiri. Silap-silap kalau menjadi anda boleh yang menjadi penjual cendol. Apa komen anda?

Baca Juga – Resepi Mudah Boba Milk Tea Pudding

Sila Like dan Share jika memberi manfaat kepada anda. Selamat mencuba.

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Lelaki Belasah Bekas Isteri dan Bapak Mertua

Bel4sah Bekas Isteri dan Bapak Mertua Tanpa Belas Kasihan

Kerajaan Beri Subsidi Jika Harga Minyak Naik – Tun M