Bila sebut sahaja Ikan Patin Masak Tempoyak, sudah tentu ianya dikaitkan dengan Negeri Pahang. Paling popular atau sangat sinonim dengan daerah Temerloh. Kalau lalu Temerloh, rugilah jika tidak menikmati menu popular ini.
Nak masaknya pun sebenarnya tidak lah susah. Namun tidak semua dari kita mengetahuinya. Jadi menerusi satu perkongsian Dapur LAZZ menerusi Koleksi Resepi Sedap ni, kami bawakan kepada anda cara memasak ikan patin masak tempoyak.
Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ikan patin
- 1 senduk tempoyak
- 1 ikat daun kesum
- 1 batang bunga kantan
- 7 – 15 biji cili api – nak pedas boleh tambah
- 1 inci kunyit hidup
- Air
- Garam
- Gula
Cara Memasak
1. Ambil blender, blender tempoyak, cili api dan kunyit hidup dengan air. Kalau anda memang suka sangat tempoyak, tambahlah lagi tempoyaknya. Sukatan air ikut suka anda. Kalau nak pekat, air jangan banyak sangat. kalau suka cair lebihkan air. Dan kalau suka pedas tambahlah cili api.
2. Apabila siap blender, tuang bahan yang di blend ke dalam periuk. Masukkan sekali daun kesum dan bunga kantan.
3. Apabila mendidih, masukkan ikan patin. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula. Tunggu hingga ikan masak.
Masakan ikan patin resepi asli Temerloh ini, kalau lagi pekat kuah tempoyaknya lagi sedap. Sehinggakan anda menghirup kuahnya dan ketagih nak lagi.
Resepi Lain – Resepi Siakap Masak Kengsom
Mudah-mudahan resepi yang kami petik dari koleksi resepi sedap ini sedikit sebanyak membantu anda dalam menambah lagi koleksi atau menu masakan anda.
Selamat Mencuba.