in ,

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Paling Sedap

Kek Cokelat Kukus

KEK COKLAT MOIST

Nampak macam sedap sangat kek coklat ni. Betul-betul moist. Anak-anak tentu suka makan kek sebegini. Bukan anak bahkan ayahnya pun. Kalau nak cuba boleh ikut resepi di bawah. Senang sangat nak buat. Bukan perlu ada oven pun.

kek coklat moist kukus paling sedap
Kek Coklat Kukus siap di masak

Bahan-Bahan

# Guna sukatan cawan

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin perlu dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

bahan kek coklat moist
Bahan yang digunakan

Cara Penyediaan

  • Masukkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali. Masak di atas api sehingga bahan tadi larut. Pastikan masak di atas api yang sederhana supaya ia boleh larut dengan sekata.
  • Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
  • Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi ke dalam adunan telur.
  • Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  • Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
  • Sebelum itu, sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
  • Kukus adunan tadi selama 1 jam.
kek coklat moist kukus
Adunan siap untuk dikukus

Topping

Cara Menyediakan Topping untuk kek cokelat kukus ini adalah seperti berikut:

Bahan-Bahan:

1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega

Cara Penyediaan:

  • Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk dengan api yang sederhana.
  • Kacau perlahan-lahan sehingga larut.
  • Angkat setelah cairan cokelat mulai mendidih.
  • Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus
Kek coklat Moist
Kek Coklat siap untuk dimakan

Selamat Mencuba.

Sumber: Cik Bunga Matahari via Resepi Sedap

kamera intip di restoren mamak

(Video) Kamera Intip Ditemui Dalam Tandas Restoren Mamak

Perintah Berkurung Untuk Remaja

Kelantan Melaksanakan Perintah Berkurung Kepada Remaja Di Waktu Malam?