in

Resepi Kek Coklat Moist Bakar

kek coklat moist bakar

Kek coklat moist memang sedap dan menjadi kegilaan masa kini. Baik remaja, kanak-kanak dan dewasa, di mana-mana saja kita boleh lihat kek ini dijual dalam berbagai saiz.

Sebelum ini kita kongsikan Resepi Kek Coklat Moist Kukus, namun kali ini kita mahu perkenalkan resepi hasil perkongsian oleh Anis Choc Moist Cake iaitu Kek Coklat Moist Bakar.

Tentu rasanya juga sedap dan bagaimana cara untuk membuatnya? Teruskan membaca sehingga kek tersebut benar-benar terjadi di depan anda.

coklat moist bakar
Sepotong kek yang sangat sedap

KEK COKLAT MOIST BAKAR

Terbahagi kepada 2 kategori bahan iaitu A dan B.

Bahan A:

1 cawan air putih
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
2 biji telur ayam gred A – dipukul
Sedikit garam – optional (tujuan letakkan garam adalah untuk menjadikan sedikit lemak)

Bahan B:

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder

Nota – Ketiga-tiga bahan di atas diayak bersama-sama.

resepi kek coklat moist bakar
kek coklat moist bakar. Nampak dah sedap!

Cara Memasak:

1. Masak bahan A di atas api yang sederhana. Masak sampai gula larut sahaja dan tutup api.
2. Kemudian masukkan 2 biji telur yang telah dipukul bersama dengan bahan A.
3. Apabila Bahan A tidak lagi panas, agak-agak telah suam masukkan bahan B. Kacau hingga sebati.
4. Bakar dalam ketuhar selama 35 ke 40 minit atau hingga masak pada suhu 150 ke 160°.

Topping

Untuk membuat topping, sediakan:

1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1/4 cawan susu cair.

Cara Buat Topping

1. Panaskan semua bahan di atas. Masak sehingga sebati dan pastikan ia tidak berketul.
2. Bila kek sudah sejuk, letakkan topping, hiaskan dengan coklat rice atau kekacang. Letakkan bahan lain mengikut kreativiti anda sehingga cantik dan menarik.

Siaplah kek coklat moist bakar versi Anis Choc Moist Cake. Min suka makan semasa sejuk tapi versi min lain sikit. Selamat mencuba.

Written by Admin

Saya orang biasa sahaja namun berminat dalam bidang penulisan. Hanya menulis jika ada kelapangan.

baca ayat kursi selepas solat

Jangan Lupa Baca Ayat Kursi Selepas Solat

Anda Sering Sakit Kepala? Sila Baca Tips Ini.