Sebelum ini kami kongsikan Resepi Kek Coklat Moist Kukus. Mungkin ramai yang sudah mencubanya. Kali ini kita berkongsi pula Resepi Kek Marble Coklat dan Kek Marble Red Velvet Campur Coklat.
Resepi ini hasil perkongsian daripada Siti Zahrah Harun dan kombinasi dengan apa yang Min pernah belajar dulu. Warna yang menarik membuatkan tekak kita terasa nak makan kek marble. Jadi mari kita mencubanya. Jangan buang masa, siapkan semua bahan-bahan seperti di bawah.

RESEPI KEK MARBLE
Bahan-bahan:
250gm butter (anda boleh gunakan apa saja brand)
1 cawan gula kastor (Jika tiada gula kastor, kisar sahaja gula pasir sehingga menjadi halus. Anda juga boleh kurangkan gula jika mahu kurangkan manis)
4 biji telur
3 sudu besar susu pekat
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh red velvet emulco
1 sudu teh coklat emulco
Nota – Semua bahan di atas boleh di beli di kedai-kedai yang menjual bahan untuk membuat kek atau bakeri.
Cara Membuatnya:

Langkah 1
1. Masukkan gula dan butter ke dalam mixer putar hingga gebu kembang
2. Masukkan telur satu persatu
3. Masukkan susu pekat dan esen vanila dan biarkan hingga sebati
4. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Pastikan tepung gandum dan baking powder diayak terlebih dahulu
5. Apabila semua adunan sebati, adunan telah siap

Langkah 2
Adunan tadi dibahagikan kepada dua atau tiga bahagian tertakluk kepada jumlah warna yang anda mahu.
Satu bahagian biarkan original tanpa pewarna
Satu bahagian diletakkan coklat emulco
Satu bahagian diletakkan red velvet emulco

Langkah 3
1. Sediakan loyang bersaiz lapan inci yang telah dilapik kertas dan jangan lupa sapukan butter.
2. Layerkan adunan tadi berselang seli untuk mendapatkan layer yang anda ingini. Proses ini mengikut kreativiti masing-masing.
3. Bakar adunan dalam oven selama 50 minit dengan api atas bawah pada suhu 165 darjah selsius. Apapun tertakluk kepada jenis oven yang anda guna.
Nota – Pastikan anda memanaskan oven 5 ke 10 minit sebelum membakar.

Tips Tambahan – Untuk memastikan kek telah masa atau tidan, cucuk sahaja kek dengan lidi sate. Jika bahagian dalam masih basah, bermakna belum masak.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba. Sila layari juga ke facebook kami @sukaviral.
Artikel Berkaitan: Resepi Kek Coklat Moist Kukus