in

Resepi Kentang Goreng Rangup

Resipi Kentang Goreng

Kentang goreng rangup sedap buatan sendiri. Kali pertama mencubanya, berebut anak-anak. Lepas tu suruh buat lagi. Anak-anak kata ibu buat lagi sedap daripada beli dekat kedai. Kalau kita nak balik kampung, goreng banyak-banyak untuk makan dalam kereta. Jimat belanja. Tentu ada resepi kentang goreng. Boleh anda membaca dan mencubanya.

Jadi tidak ada alasan lagi kononnya tak tahu nak membuatnya. Sebenarnya untuk membuatnya sangat mudah. Apa lagi yang anda tunggu. Mari kita tengok resepinya.

kerepek kentang
Sedap dan rangup serta jimat kos

RESEPI KENTANG GORENG RANGGUP

Bahan-Bahan

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini iaitu:

2-3 Biji ubi kentang
2 tbsp cuka makan
500ml Air
Sedikit perencah kari maggi (kalau nak pedas)
Sedikit perencah pati ayam (knorr ke apa ke)
Minyak masak

kentang goreng rangup
Bahan-bahannya sangat ringkas

Cara Penyediaan

Cara penyediaannya adalah seperti berikut:

1. Ubi kentang hendaklah dibersihkan terlebih dahulu dan dibuang kulit. Kemudian potong nipis-nipis menggunakan pisau khas atau disagat.

2. Masak air yang dicampur cuka makan sehingga mendidih terlebih dahulu. Kemudian masukkan hirisan kentang tadi.

kentang goreng sedap
Pastikan anda memotongnya nipis-nipis

3. Perlahankan api dan biarkan di atas api selama tiga minit.

4. Kemudian angkat dan cuci kentang tersebut serta toskan sebelum anda menggoreng.

5. Panaskan minyak di dalam kuali atau pot. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum anda memasukkan ubit kentang.

cara goreng kerepek kentang
Semasa menggoreng pastikan minyak cukup panas

6. Goreng dengan api yang sederhana. Apabila nampak ubi kentang menjadi kekuningan, angkat dan toskan.

7. Taburkan perencah maggi dan serbuk pati ayam secukupnya.

8. Siap untuk dihidangkan.

kerepek kentang rangup
Lepas goreng taburkan dengan serbuk ayam

Mudah bukan. Jadi lepas ni anda tidak perlu beli lagi. Buat saja di rumah. Kebersihan juga akan lebih terjamin dan satu keluarga boleh makan sepuasnya. Yang penting suruh encik suami beli stok ubi dan perencah banyak-banyak. Senang kalau anak-anak minta.

french fries
Anda juga boleh buat French Fries menggunakan kaedah ini.

Selamat Mencuba.

Sila komen dan like page kami di @sukaviral

Resepi Lain – Resepi Karipap Rangup

Sumber: Annie Roslan via facebook

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

resipi popia basah

Resepi Popia Basah Homemade Dan Crunchy

Rahsia Surah Yaasin Ayat 58

Rahsia Ayat 58 Dalam Surah Yaasin Jika Dibaca 7 Kali