in

Resepi Kuah Rojak Simple dan Sedap

Kuah Rojak Special

Kalau kita pergi ke utara biasanya kawan-kawan akan kirim kuah rojak. Di utara tanahair rojak sangat terkenal dan di sana makanan ini banyak dijual di warung-warung atau di tepi-tepi jalan. Rojak di sana juga sedap berbanding dengan tempat lain. Sebenarnya resepi kuah rojak tidak susahpun untuk kita buat.

Kuah rojak ini sesuai untuk di makan bersama dengan buah-buahan tempatan seperti mempelam, jambu batu, jambu air, timun, betik dan ubi sengkuang. Jika anda makan rojak utara, sudah tentu anda akan mengingatinya.

Rojak buah istimewa
Rojak Buah

Oleh kerana harganya agak mahal, tidak salah jika kita mencubanya sendiri. Untuk mencubanya, saya akan berkongsi resepi Kuah Rojak Simple ini. Resepi ini saya perolehi daripada satu perkongsian di facebook.

Mari kita ikuti bagaimana cara menyediakan kuah rojak mudah dan ringkas ini.

RESEPI KUAH ROJAK

Kuah Rojak

Bahan-bahan:

1 botol kicap manis
1 botol sos cili
1 ketul gula merah atau gula kabung atau gula melaka
Setengah botol sos tiram
3 cawan gula pasir
Sedikit garam.
Separuh Belacan Melaka
Kacang tanah yang ditumbuk

Colek dalam bahasa Kelantan

Cara Penyediaan:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali dengan api yang sederhana kecuali garam dan kacang tanah yang ditumbuk.
2. Sebelum masukkan garam sila rasa terlebih dahulu. Bukan apa mungkin sudah ada rasa masin daripada sos tiram.
3. Kacau hingga mendidih. Pastikan gula pasir dan gula kabung larut.
4. Tutup api dan masukkan kacang tanah yang ditumbuk. Kemudian sejukkan.

Katanya resepi kuah rojak ini boleh dimuatkan ke dalam balang kuih yang sederhana saiznya. Kuah juga tahan lama jika diletakkan ke dalam peti ais.

RESEPI LAIN: Resepi Bihun Sup Utara

Apa komen anda? Sila like dan share jika sedap.

Selamat mencuba.

Sumber: Anak Jati Tanjung Pari

3 lelaki hina nabi didakwa

3 Lelaki Hina Nabi Didakwa Dan Tidak Dibenarkan Ikat Jamin

Padah Hina Nabi Muhammad

Hina Nabi – Lelaki Dipenjara 10 Tahun dan Denda RM50 Ribu