Sup Champa memang terkenal dengan kelazatannya. Rasanya berbeza dengan sup yang lain. Bukan senang nak jumpa sup ini. Kebetulan terjumpa satu perkongsian oleh Tahrunnisah Jali mengenai resepi menarik Mee Champa.
Apa Kata Beliau Tentang Resepi Mee Champa yang ingin dikongsikannya ini?
Assalamualaikum. Saya pasti ramai yang ternanti-nanti resepi sup champa ni kan? Mee Champa pedas berasap boleh berpeluh satu badan. Hari ini saya share resepi yang pasti meleleh air hidung. Selamat mencuba

Jadi apa lagi. Jom kita tengok resepinya.
RESEPI MEE CHAMPA
Bahan-Bahan
Koay Tiaw, Bihun & Mee
1.5 – 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dibuat bone broth
3 liter air
4 biji bawang holand dipotong empat
3 biji bawang besar juga dipotong empat
2 inci lengkuas dipotong nipis (hiris nipis)
Seekor sotong kering sebesar tapak tangan. Tanpa sotong kering tak power kuah sup nanti.
1 ikat daun ketumbar.
daun bawang secukupnya.
2 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
1/2 cawan sos ikan
Gula
Garam
Perasa jika suka
Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging

CARA MENYEDIAKAN KUAH
Proses merebus tulang dan daging lembu memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth. Bone broth sebenarnya bagus untuk kesihatan kita. Cara merebus adalah seperti berikut:
1. Didihkan air rebusan dulu kemudian masukkan daging dan tulang. Rebus antara 30 minit hingga 1 jam. Kemudian buang air rebusan daging tadi beserta keladaknya.
2. Masukkan air baru. Rebus tulang dan daging. Selepas 30 minit mendidih lihat samada air rebusan berbuih-buih atau keruh. Buang lagi air rebusan tadi.
3. Masukkan air yang baru (3 liter). Mmasukkan tulang dan daging, rebus sehingga daging empuk. Apabila daging embuk, keluarkan daging dan terus merebus tulang sehingga 5 ke 6 jam.

4. Sementara menunggu daging empuk, bakar dahulu bawang holand, bawang besar, lengkuas, sotong kering, kayu manis dan cengkih (Lihat gambar)
5. Dalam rebusan tulang tadi masukkan bahan-bahan yang dibakar tadi. Masukkan sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah, kiub stok perisa daging, garam, perisa serta daun bawang. Terus rebus dengan api yang perlahan.
Sup Champa sedap dimakan panas-panas.
Sewaktu menceduk kuah, gunakan penapis semasa menuang ke dalam mangkuk mee. Tujuan ditapis supaya semua bahan-bahan tidak termasuk ke dalam mangkuk. Kita nak ambik kuahnya sahaja.

MENYEDIAKAN SAMBAL LADA
Untuk sambal lada, bahan-bahannya adalah
4 biji lada merah (besar)*
20-30 biji cili api*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka
sedikit garam
caranya:
1. rebus sehingga layu bahan-bahan yang bertanda* diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. Siap untul sambal lada.

MINYAK BAWANG PUTIH
Bahan-bahannya:
3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
1 cawan minyak jagung
Caranya:
Panaskan minyak jagung dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api.
Resepi Lain – Mee Goreng Basah
BAHAN TAMBAHAN, PERASA DAN HIASAN
(Untuk Dihidangkan)

Daun ketumbar, daun sup dan daun bawang
Limau nipis
Hirisan daging
Minyak bawang putih
Lobak asin yang dipotong halus
Sambal lada
Tauge
Kicap
Serbuk lada sulah/lada hitam
Gula (tambahan jika suka manis)
Sos ikan (jika perlu)

Nota – Masa nak makan bolehlah masukkan kicap, limau nipis, sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula (jika suka manis).
Bahan-bahan tambahan ini adalah penyedap dan pelengkap kepada resepi mee champa nanti. Sekali cuba mesti nak lagi. Selamat mencuba semoga ianya sedap sepertidalam gambar asal.