in

Puding Karamel Sebagai Menu Petang Simple dan Sedap

puding karamel

Apa kata hari ini puan-puan semua memberi kelainan kepada keluarga anda untuk menikmati menu di sebelah petang. Sesekali cubalah menyediakan menu lain dari yang lain pula. menu yang dimaksudkan ialah Puding Karamel yang akan ditunjukkan di bawah. Lagipun cara untuk membuatnya sangat mudah.

Bahan-bahan yang digunakan juga tidaklah terlalu banyak iaitu hanya menggunakan telur, susu cari, susu pekat, gula dan esen vanila. Resepi yang enak ini telah disediakan. Kini  hanya menunggu puan-puan mencubanya untuk dinikmati bersama keluarga. Anak-anak tentu berebut nanti.

Untuk pengetahuan anda, Ini adalah resipi yang dikongsikan oleh Siti Norazliana menerusi MAHN. Jadi puan-puan jangan buang masa jom kita cuba. Sebelum mencubanya, kenalah baca dulu.

Resepi Puding Karamel

Cara untuk menyediakan puding karamel ini sangat mudah, Hanya menggunakan bahan-bahan yang sudah tersedia di dapur.

resepi puding karamel

Bahan-bahan

3 biji telur

1 sudu esen vanila

1 tin susu cair

3 sudu makan susu pekat

5 sudu makan gula

Cara Penyediaan

puding karamel kukus

Langkah 1
Dengan api yang sederhana, hanguskan 5 sudu makan gula terlebih dahulu. Hati-hati agar tidak hangit. bila hangit nanti pahit dan tak sedap.Bila gula sudah cair, masukkan air panas 10 sudu. Masak hingga gula sebati dan hancur. Tutup api dan masukkan air gula tadi ke dalam loyang dan sejukkan. Untuk menyediakan karamel sangat memerlukan kesabaran kita.

cara buat puding karamel

Langkah 2
Kepuk manja-manja sikit telur tersebut sampai jadi macam dalam gambar.

puding karamel susu

Langkah 3
Masukkan bahan-bahan lain dan kacau sebati. Tapis adunan terlebih dahulu seterusnya tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.

Nota: Pastikan loyang ditutup bagi mengelakkan wap air masuk semasa mengukus.

Apabila sudah masak, sejukkan dan simpan di dalam peti ais sekejap. Kemudian baru diterbalikkan. Kalau diterbalikkan semasa sedang panas nanti dia karamel akan pecah. Tak cantik la kan!

resipi puding karamel

Semoga resepi puding karamel ini yang di rujuk melalui Keluarga memberi manfaat dalam kelainan menu untuk petang ini atau bila-bla masa sahaja. Terima kasih kerana membaca dan  selamat mencuba.

Resepi Lain – Tepung Talam Gula Merah Resepi Cawan

Kongsikan

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

terung bakar

Terung Bakar Ayaq Asam Lemak. Makan Dengan Nasi Panas-Panas Pasti Tambah Lagi

SOLAT TARAWIH

Panduan Solat Tarawih 8 Rakaat Bersendirian Atau Berjemaah Di Rumah