in ,

Resepi Roti Canai Lembut dan Wangi

Resepi Roti Canai Lembut dan Wangi

Suami anda suka sangat lepak kedai mamak bukan? Mungkin anda juga begitu sebab ikut suami. Pekena pula roti canai di kedai mamak memang sedap walau karinya biasa saja sebab mungkin sudah terbiasa dengan aura mamak. Sebenarnya ada resepi roti canai yang lembut dan wangi Min nak kongsi.

Kalau buat sendiri memang sedap sebab kita boleh olah sendiri supaya roti itu nanti mengikut selera kita. Yang pasti berkat air tangan isteri yang penting, makan tanpa was-was.

roti canai
Inilah roti canai lembut dan wangi. Warnanya nampak kuning tanpa pewarna lain.

Resepi ini adalah resepi yang dikongsi sendiri oleh seorang peniaga roti canai. Rotinya kerap Min makan kerana lembut, kuning dan sedap. Tiada rahsia katanya. Just follow resepi dan masak untuk suami dan anak-anak. Min tidak ambil resepi kuahnya sebab semua orang boleh buat kari dengan resepi sendiri.

OK jangan buang masa. Jom baca dan cuba resepi ini.

RESEPI ROTI CANAI LEMBUT DAN WANGI

BAHAN-BAHAN

Resepi ini untuk 1 kilogram tepung gandum.

bahan bahan membuat roti canai
Bahan-bahan asas
  • 1 kg tepung gandum
  • 1.5 gelas air
  • 1 biji telur ayam
  • 1/4 Susu pekat manis
  • 1 sudu makan marjerin
  • 2 atau 3 sudu makan gula
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • Minyak masak untuk menggoreng

Nota: Gula dan garam elok dicairkan dahulu

CARA MENGULI

1. Cara nak uli memang mudah. Campur saja semua bahan di atas dan uli sehingga menjadi doh. Hati-hati dalam meletakkan air. Letakkan sedikit demi sedikit.

TIPS: Tak perlu uli lama-lama, asalkan dah jadi doh dan semua bahan sebati. Sekali uli dan cukup. Namun jika..(baca langkah 2 di bawah):

2. Untuk mengelakkan roti koyak semasa ditebar nanti, lakukan langkah berikut:

  • Uli macam biasa. Bila dah jadi doh rehatkan selama satu jam.
  • Selepas sejam uli lagi hingga lembut (tak lama pun), dan rehat sejam.
  • Uli kali terakhir seperti langkah di atas, dan rehat sejam.

3. Selepas itu bolelah dibuat doh kecik-kecik. Biasanya 1 kg tepung anda akan memperolehi 23 biji roti canai.

Nota: Tepung gandum cap sauh menjadikan roti berwarna kekuningan. Garam yang digunakan adalah garam cap burung walit warna biru.

roti canai terbang
Doh dan roti canai

CARA MENEBAR

1. Sukar untuk menceritakan cara menebarnya tetapi anda boleh mencubanya sendiri. Sila tonton video di bawah.

2. Tekan dan leperkan doh agar mudah anda untuk menebarnya nanti.

3. Selepas menebar biasanya gulung tepung tu dan rehat sebentar supaya ia kembang dan lebih lembut atau selepas tebar anda boleh lipat dan terus masak. Terpulang kepada anda.

4. Kalau anda merasa tidak pandai untuk menebar, anda boleh tarik-tarik saja hingga nipis. Selepas tu gulung, rehat atau lipat dan goreng. Tetap akan jadi roti canai juga.

6. Bila dah siap tentu anda berpuas hati kerana anda sudah pandai buat roti canai. Mudahnya buat roti canai sebenarnya.

TIPS: Min berikan tips untuk menjadikan roti wangi. Gunakan marjerin cap chempaka kerana marjerin ini tidak masin. Caranya sapu pada roti sebelum diangkat. Balik-balikkan sekejap. Ini saja rahsia nak bagi wangi. Ada peniaga pernah kongsi rahsia ini dengan Min. Terus save dalam kepala.

VIDEO RINGKAS CARA TEBAR

JEMPUT MAKAN

roti canai lembut
Siap untuk dimakan. Lembut dan wangi.

Bagi mereka yang mahu mencipta kelainan, bolehlah membuat penambahbaikan di dalam resepi ini mengikut kemahuan anda seperti roti canai cheese telur leleh, roti pisang dan sebagainya. Ianya akan menambah selera keluarga anda dan suami anda pasti mahukan roti yang anda buat selepas itu.

roti canai telur leleh
Roti canai cheese telur leleh

BONUS

CARA BANCUH TEH TARIK SEDAP

1. Gunakan serbuk teh yang sesuai untuk dibuat teh tarik.

2. Masukkan susu secukup rasa dan secubit garam.

3. Tarik. Siap dihidangkan bersama roti canai panas.

nescafe tarik
Air yang sedap akan sentiasa diingati macam kedai mamak

CARA BANCUH NESCAFE TARIK SEDAP

1. Secawan air panas dan sesudu teh serbuk nescafe.

2. Susu pekat manis secukup rasa.

3. Susu cair secukupnya.

4. Tarik dan siap.

Apakah anda akan mencubanya atau sudah mencuba? Jika sekali anda buat, anda akan buat berkali-kali kerana ianya sangat mudah. Selama ini kita menjangkakan susah untuk membuatnya dan mungkin menganggap untuk mengulinya memerlukan tenaga yang banyak. Apapun Selamat mencuba. Semoga bermanfaat resepi ini.

Resepi Lain – Resepi Menjadikan Karipap Rangup Sampai Ke Petang

Alhamdulillah…Ada juga yang kongsikan resepi istimewa ni..Terima kasih.

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Saat Sangkakala ditiupkan oleh Israfil

Saat Sangkakala Ditiup Oleh Malaikat Israfil Hingga Menyeberangi Titian Sirat

Presiden Skuad Badar Ditahan

Presiden Skuad Badar Di Reman 4 Hari