in

Resepi Sambal Belacan Sedap

Resepi Sambal Belacan

Makan nasi jika tidak ada sambal belacan bermakna tak lengkap. Orang-orang melayu sudah tentu menjadikan sambal belacan sebagai pelengkap kepada menu harian.

sambal belacan
Yang ni bukan versi Cik CA, sekadar gambar hiasan

Sambal belacan mempunyai berbagai rasa mengikut resepi masing-masing samada resepi turun-temurun atau ciptaan terbaru. Zaman sekarang mudah saja nak cari resepi sambal belacan. Google saja dan jumpa berbagai-bagai variasi.

Di sini kami akan siarkan satu resipi Sambal Belacan hasil dari perkongsian saudari Cik CA. Nampak macam susah tapi sebenarnya sangat mudah dan rasanya sangat sedap. Jika anda yang nak cuba, boleh saja share atau salin resipi ni.

RESEPI SAMBAL BELACAN SEDAP

BAHAN-BAHAN:

sambal belacan sedap

  • 4 ulas bawang merah saiz sebesar siling 50 sen ( jika saiz agak besar 2 biji sudah memadai.
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan – dibakar
  • 5-6 biji cili merah besar
  • 9-10 biji cili padi hijau thai – buang tangkai
  • 3 sudu makan gula putih
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk perasa
  • 2 sudu makan cuka
  • 9-10 biji limau kasturi saiz kecik (jika saiz sederhana besar guna 6 ke 7 biji sahaja)
  • 1 sudu makan gula perang – untuk mencantikkan sambal

Nota: Basuh bawang bersama kulit kemudian belah dua dan bakar atas pan bersama kulit hingga perang. kulit bawang yang hangus dibuang sebelum dikisar.

sambal belacan simple

CARA MEMASAK:

1. Basuhkan cili dan toskan. Pastikan kering supaya sambal bertambah sedap. Kemudian potong cili tersebut.

2. Masukkan bawang yang dibakar, gula, garam, gula perang, air perahan limau kasturi, belacan, bawang putih ke dalam pengisar. Pastikan biji limau kasturi tidak masuk ke dalam pengisar.

resepi sambal belacan simple

3. Selepas itu kisar hingga mendapat tekstur yang anda mahu.

4. Selepas itu barulah anda masukkan cili bersama 1 1/2 biji kulit limau kasturi (tanpa biji dan tangkai). Kisar ikut tahap lumat yang anda suka. Biasanya pada tahap lumat 80-85%.

5. Masukkan sambal belacan ke dalam bekas. Taburkan kulit limau kasturi yang diparut (daripada 3 biji yang diperah tadi kalau anda suka). Rasa sambal dan boleh ubah mengikut cita rasa anda.

resipi sambal belacan simple

6. Simpan sambal di luar semalaman. Keesokkannya baru lah simpan di dalam peti ais dan boleh dimakan. Semakin lama sambal ini semakin sedap.

BACA JUGA: RESEPI GULAI BATANG PISANG UTARA

INFO DARI CIK CA:

Cik Ca sekeluarga memang hantu sambal belacan. Sekali memang buat stock yang banyak. Boleh cicah apa saja seperti ikan sardin goreng dan ulam-ulaman. Pendek kata sambal ini boleh dimakan dengan semua benda.

sambal

Semasa membuat sambal ini, tidak menggunakan air. Sumber air hanya datang dari bawang, cuka dan limau kasturi.

Sambal belacan yang anda lihat di dalam gambar adalah 5 kali ganda sukatan. Kalau anda mahu membuat sambal dalam kuantiti yang banyak, gandakan sahaja sukatan. Tahap pedas sambal ini adalah rendah kerana menggunakan banyak cili merah besar berbanding cili padi hijau Thai.

sambal terasi

NOTA:

  • Sambal ini tidak perlu ditumis. Warnanya sangat cantik kerana ia melalui proses seperti dimasak secara perlahan-lahan hasil air perahan limau. Makin lama makin sedap rasanya.
  • Resepi yang diberi adalah untuk 1 sukatan. Gambar yang ditunjukkan adalah 5 kali ganda sukatan.

Kredit resipi & foto: Cik CA

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Cara Tangani Stress

Menangani Stress Dengan Bijak

Utqiagvik Tanpa Siang

Penduduk Utqiagvik Di Alaska Jalani Kehidupan Tanpa Siang Selama 65 Hari