in

Resepi Siakap Masak Kengsom Yang Mudah dan Sedap

Cara Masak Ikan Siakap

Siakap memang terkenal dan menjadi hidangan keluarga terutamanya jika anda mengunjungi kedai-kedai tomyam milik orang-orang Thai. Kebanyakkan menu yang diminta adalah 3 rasa, masam manis dan stim. Apa kata anda cuba pula Resepi Siakap Masak Kengsom yang mudah ini.

Sebenarnya siakap masak kengsom ini sangat mudah dan sedap untuk dinimati seisi keluarga. Bagi sesiapa yang tercari-cari resipi lain untuk siakap untuk masak sendiri atau berniaga, anda wajib mencuba resepi yang dikongsikan oleh saudari Sarah Saie. Ini adalah antara resepi yang terbaik untuk anda cuba.

siakap
Menu yang popular dan sering dinikmati di kedai tomyam – Siakap Stim

RESEPI IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan siakap
½ biji nenas – dipotong kecil
Kangkung secukupnya – dipotong
2 batang serai – diketuk
1 biji limau nipis
Garam dan gula – secukup rasa

BAHAN KISAR:

2 biji cili merah
8 biji cili padi
1 biji bawang besar saiz sederhana
6 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Sedikit belacan

CARA MEMASAK:

1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Masukkan buah nenas dan serai. Biarkan mendidih seketika kemuadian masukkan ikan.
3. Apabila ikan telah masak, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4. Setelah cukup rasanya, tutup api dan masukkan kangkung. Kangkung dimasukkan lewat supaya ianya tidak terlalu layu dan masih ada rasa rangup.
5. Perah jus limau nipis, kacau rata. Siap untuk dihidangkan.

Nota: Pastikan hidangan ini mempunyai rasa masam, manis dan pedas. Resepi Thailand mesti ada rasa-rasa tersebut. Jika anda tidak suka pedas kurangkan jumlah cili padi. Jika mahu terlebih sila tambah.

resepi Kengsom
Siakap Masak Kengsom. Foto – Sarah Saie

Selamat mencuba dan cubalah dengan selamat. Apa komen anda? Sila share kepada kawan-kawan, keluarga dan jiran anda serta like jika anda suka dengan resepi istimewa ini. Terima kasih kerana bersama kami di Suka Viral.

Baca Juga – Lain-Lain Resepi di Suka Viral

Sumber Resepi: Sarah Saie

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Cara Membaca Ruqyah Untuk Diri Sendiri

Pendatan Miliki Mykad Sah

Lebih 1000 Pendatang Miliki Mykad Sah Masih Ada Dalam Negara?