in

Resepi Sos Char Koay Teow Simple dan Sedap

resepi sos char koay teow

Semua orang boleh memasak char koay teow memandangkan resepinya boleh didapati di laman-laman web atau media sosial yang lain. Namun boleh dikatakan semuanya merahsiakan bagaimana cara untuk menyediakan sos char koay teow yang sedap. Setakat tuang kicap semua orang boleh melakukannya.

Kita difahamkan atau dimomokkan bahawa untuk menyediakan sosnya memerlukan berbelas atau berpuluh bahan yang kebanyakkannya pula dirahsiakan. Kalau kita mahu belajar untuk membuat sos char koay teow memerlukan modal yang agak tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit.

char koay tiaw special
Char Koay Teow

Faktor inilah membuatkan sahabat saya telah cuba membuat sos char koay teow dengan cara beliau sendiri. Beliau telah membuat kajian sendiri bagaimana untuk membuat sos char koay tiaw tanpa perlu menggunakan bahan yang banyak. Setelah dicuba beberapa kali, akhirnya beliau berjaya dan terus memulakan perniagaan.

sos char koaytiaw
Sos CKT

Alhamdulillah perniagaannya maju dan dicemburui. Beliau berniaga menggunakan resepi ini hampir sepuluh tahun. Namun kini beliau telah meninggalkan bidang tersebut atas beberapa faktor. Oleh kerana tidak mahu resepinya hilang begitu saja, beliau bersetuju agar kami menyiarkannya di sini untuk dikongsi bersama-sama dengan anda (jika berminat). Resepinya nampak simple tetapi jika olahan bahan-bahan yang bersesuaian, tentu sedap dan diingati.

RESEPI SOS CHAR KOAY TEOW

Resepi ini adalah untuk 10 ke 15 hidangan

sos char koetiaw
Bahan membuat sos

BAHAN-BAHAN

1 Liter Air
290 ml Kicap Cair (Jalen)
320 ml Kicap Manis (Jalen)
2 Sudu Sup Sos Tiram
1 Sudu Makan Serbuk Perasa
Sedikit belacan (lebih kurang 1 inci persegi dan diambil airnya)

ATRIKEL BERKAITAN: CARA MEMASAK CHAR KOAY TEOW

CARA PENYEDIAAN

cara buat sos char koetiaw
Jangan biarkan sos mendidih terlalu lama

Hanya masukkan semua bahan di atas dan biarkan sehingga mendidih dengan api perlahan. Jangan biarkan mendidih terlalu lama untuk mengelakkan kuah berkurangan dan rasanya akan lari. Kemudian tutup api. Air belacan hendaklah ditapis sebelum dimasukkan ke dalam periuk.

Jika anda mahu meletakkan daun pandan, otak udang atau sebagainya terpulang kepada anda. Resepi ini adalah resepi sendiri namun boleh diolah mengikut selera masing-masing.

Simpan sos ini di dalam peti sejuk jika tidak digunakan.

Selamat mencuba. Suka Viral

Written by Nur Aida

Resepi Char Koay Teow

Resepi Char Koay Teow

Cara Menemukan Barang Sihir Yang Ditanam Di Sekitar Rumah Atau Tempat Berkaitan