in

Resepi Tauhu Berlauk, Khas Buat Peminat Tauhu. Jom Buat!

tauhu berlauk
Foto: Cek Kynn

Anda pernah makan tauhu berlauk? Mungkin pernah tetapi tak perasan kan. Biasanya makanan berasaskan tauhu ni, popular di kalangan masyarakat Cina. Namun sekarang ni semua orang dah makan.

Menerusi perkongsian pengguna facebook Cek Kynn atau Bonda Kynn di MAHN, berliau memberikan satu ilmu resepi iaitu tauhu berlauk. Nampak gambarnya pun sudah menyelerakan. Katanya resepi ni dia ejas dari gugel tapi apa yang dia buat, dilihat berjaya.

tahu berlauk

Time-time berkurung ni, apa kata kita hilangkan boring dengan mencuba sesutau yang baru dalam rumah kita. Asalkan ada bahan. Kalau tak ada, nanti waktu ke kedai, suruh je Cik Abang beli. Ok, teruskan membaca sebelum anda mencubanya.

RESEPI TAUHU BERLAUK

Bahan-Bahan

  • 2 ketul ayam – diambil isinya
  • 3 keping tauhu
  • 4 ketul tauhu telur (dalam berbungkus tu)
  • 3 biji telur
  • Bawang holland
  • Lobak merah
  • Daun sup

cara nak buat tauhu berlauk

CARA-CARA

Langkah 1

Masukkan tauhu, isi ayam, tauhu telur dan telur ke dalam blender. Kisar sehingga sebati dan nampak halus. Kemudian masukkan ke dalam bekas.

cara buat tahu berlauk

Langkah 2

Cincang halus lobak merah, bawang holland dan daun sup dan masukkan dalam satu bekas yang telah diletakkan bahan yang dikisar tadi

Masukkan garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan seketul kiub ayam. Kalau nak letak lada sulah pun boleh.

resepi tahu berlauk

Langkah 3

Gaul bahan-bahan tadi sehingga sebati.

cara buat tahu berlauk

Langkah 4 

Masukkan ke dalam acuan lompang. Kukus lebih kurang 15 minit. Kalau nampak isi terkeluar dari acuan tu,tandanya dah masak.

cara memasak tauhu berlauk

Langkah 5

Apabila sudah masak, tutup api dan keluarkan dari cawan lompang tu.

cara sediakan tauhu berlauk

Langkah 6

4. Pecahkan telur. Ambil tauhu yang sudah siap kukus tadi, celup dalam telur dan goreng sampai kekuningan.

cara menyediakan tahu berlauk

Langkah 7

5. Bila sudah kekuningan dan masak, angkat dan toskan.

memasak tauhu berlauk

6. Siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan bersama dengan sambal kicap.

masakan tauhu berlauk

Nak buat sambal kicap mudah je. Kisar (blend) gula, bawang putih dan lada bersama kicap. jadilah sambal kicap. Nak pedas ke kurang pedas ke, ejas lah cili.

Apa komen anda tentang resepi tauhu berlauk dari Cek Kynn ni? Nampak sedap bukan? Selamat mencuba. Semoga menjadi.

Resepi Lain: Cara Buat Keropok Lekor

Kongsikan ye.

Written by Admin

Saya orang biasa sahaja namun berminat dalam bidang penulisan. Hanya menulis jika ada kelapangan.

kuih bahulu

Resepi Kuih Bahulu Guna Blender dan Sandwich Maker Je!

terung bakar

Terung Bakar Ayaq Asam Lemak. Makan Dengan Nasi Panas-Panas Pasti Tambah Lagi