in , ,

Roti Canai Ular Mula Dapat Sambutan

Roti Canai Ular

Kreatifnya menambah rezeki. Itulah yang berlaku kepada seorang pengusaha roti canai di Kampung Kubur Kuda, Kelantan apabila mencipta roti canai berbentuk ular. Ciptaannya itu membuka pintu rezeki yang berganda buatnya apabila roti canai ular yang unik itu kini mendapat sambutan ramai.

Pembuatnya iaitu Che Harun Ali, 46, berkata, pada mulanya dia hanya sekadar mencubanya secara suka-suka untuk dimakan sendiri. Akhirnya timbul idea untuk diperkenalkannya kepada pelanggan. Dari situ, roti canai ularnya telah dijual sejak setahun lalu.

Kenapa Roti Canai Ular?

“Pada awalnya, saya hanya mencuba sekadar suka-suka untuk dimakan sendiri, namun tidak menyangka ketika itu ia dilihat seorang pelanggan dan terus meminta untuk membuat kepadanya juga.

“Daripada situ saya terdetik untuk menjadikan roti canai berbentuk ular ini sebagai menu pilihan pelanggan di kedai, dan sehingga ke hari ini ia semakin mendapat permintaan ramai dalam kalangan pelanggan,” katanya ketika ditemui pemberita di kedai miliknya di Kampung Kubur Kuda di sini, hari ini.

Menurut BERNAMA, Che Harun berpengalaman lebih 30 tahun berniaga roti canai. Beliau berkata, pelanggannya mempunyai beberapa pilihan roti canai ular termasuk perisa milo, nestum, milo dan keju, serta planta dan susu, yang dijual pada harga RM1.20 hingga RM3 sebiji.

Menurut Che Harun ada juga pelanggan yang merasa geli dan gerun untuk makan roti canai berbentuk ular, mereka masih mempunyai pilihan lain kerana selain roti canai ular, pelanggan turut mempunyai pilihan lain seperti roti hamlet, roti tisu dan roti pisang. Setiap hari beliau menyediakan hampir 10 kg adunan roti canai bagi memenuhi permintaan pelanggan.

“Ada juga di antara mereka yang gerun namun tetap ingin mencuba kerana merasakan ia unik dan tidak pernah ditemukan di tempat lain,” katanya yang turut dibantu isteri Nor Azlina Husin, 39, dan kedainya dibuka setiap hari bermula 8 pagi hingga 11 malam.

Seorang pelanggan, Afdalila Abas, 34, dari Kubang Kerian berkata, beliau sekeluarga terdetik untuk mencuba roti canai ular tersebut selepas ia tular di media sosial. Beliau mengakui ia merupakan satu idea yang sangat kreatif.

“Pada awalnya ada perasaan gerun untuk memakan roti canai berbentuk ular ini, namun selepas mencuba menikmati roti canai ular ini, perasaan itu terus hilang kerana ia sangat sedap dan rangup,” katanya.

VIDEO ROTI CANAI ULAR

Baca – Resepi Roti Canai Lembut, Gebu dan Wangi

Sebelum itu memang roti canai ular yang dihasilkan oleh Che Harun tular di media sosial serta aplikasi WhatsApp yang telah mendapat perkongsian ramai. – Suka Viral

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

musang ketawa

(Video) Musang Ketawa Ini Mampu Buat Anda Ketawa Berdekah-dekah

Marquez

Walau Tersingkir Awal, Marquez Kendalikan Jenteranya Dengan Baik Elak Kemalangan Lebih Teruk